kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Strategi revolusi bersenjata komunis

PADA Julai 1973, ahli jawatankuasa PKM dikenali sebagai Nam Yat tiba di markas ‘Ho-Choo’ di Sungai Siput, Perak untuk mengambil alih kepimpinan Unit Penggempur Ke-5 daripada Chong Chor yang ditugaskan untuk menubuhkan unit seumpamanya di Pahang.

Chong Chor menjangkakan Nam Yat akan tiba tiga bulan sebelum itu tetapi pasukan Nam Yat bertembung dengan pasukan keselamatan semasa menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand, memaksanya berundur semula ke markad Platun Ke-5, Rejimen Ke-12 di Betong.

Sebagai anggota berpangkat dalam PKM, Nam Yat mengadakan perhimpunan dengan anggota-anggota komunis di situ bagi memberi butiran misi komunis di Semenanjung Malaysia iaitu:

1) Meluas dan memperhebatkan perjuangan bersenjata di wilayah Malaysia dengan membabitkan pelbagai kaum untuk diselaraskan dengan pertubuhan bawah tanah yang pro-komunis;

2) Menyimpan bekalan makanan dalam kuantiti besar di lokasi-lokasi strategik dalam kawasan operasi Unit Penggempur tertentu sebagai persediaan untuk perang yang berpanjangan.

Nam Yat kemudiannya mengadakan perhimpunan tertutup dengan ketua-ketua unit bagi membincangkan lebih mendalam kaedah dan matlamat misi mereka menentang pihak berkuasa Malaysia.



SEORANG ketua pengganas memberi ceramah di kem PKM. - Arkib Negara

PKM menurutnya, memberi penekanan terhadap kempen merekrut anggota-anggota baharu bagi mencapai strategi parti untuk meluaskan revolusi bersenjata di negara ini. Secara spesifik, Nam Yat menggariskan bahawa semua belia yang menyertai pertubuhan bawah tanah selepas tiga bulan, dengan kelulusan ketua masing-masing, layak untuk menyertai PKM.

Dia juga mengingatkan semua belia yang disasarkan untuk diambil hendaklah sihat tubuh badan kerana jika tidak, mereka tidak akan mampu bertahan hidup sukar dalam hutan.


EMPAT pengganas komunis dari Rejimen ke-5, Perak. - Gambar Datuk Seri Yuen Yuet Leng

Nam Yat memberitahu bahawa PKM menjangkakan tentangan daripada pasukan keselamatan akan dipertingkatkan ekoran pelancaran semula revolusi bersenjata parti. Secara terperinci, Nam Yat mengarahkan kader-kader komunis di bandar-bandar supaya menyediakan strategi untuk melawan balik kaedah anti-revolusi yang dilakukan oleh kerajaan.

Semua kader yang beroperasi secara terbuka dan dikehendaki oleh pihak berkuasa hendaklah menyembunyikan diri dan melakukan tugas secara bawah tanah. Dari situ, mereka hendaklah menyemarakkan rasa kebencian orang ramai terhadap kerajaan, dan menyatukan mereka bagi melancarkan perjuangan bersenjata.

Menyentuh mengenai kerja Barisan Bersatu (UFW), Nam Yat mahu kerja propaganda mengenai kelas-kelas ‘pendidikan’ dipertingkatkan. Namun perhatian khusus harus diberikan untuk melatih kader revolusi anggota berketurunan Melayu.

Apabila orang Melayu berjaya dipengaruhi, mereka boleh membangkitkan sokongan kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di luar bandar, untuk menyokong PKM. Matlamat serupa ditujukan terhadap masyarakat Orang Asli.

Dalam aspek pergerakan pelajar, Nam Yat menekankan bahawa perkara itu adalah intipati penting dalam gerakan revolusi. ‘‘Adalah sangat penting untuk mengukuhkan gerakan pelajar di sekolah-sekolah menengah atau institusi pendidikan tinggi lain, bagi menggalakkan mereka menyertai revolusi bersenjata PKM.

Mengenai taktikal perang, dia menyatakan keperluan untuk melatih anggota yang berkemahiran seperti dalam bidang perubatan, alat komunikasi wayarles, persenjataan dan menjejak musuh dalam hutan.

Semasa perhimpunan tersebut, Nam Yat juga mengadakan sesi ceramah dan latihan mengenai bom jerangkap samar dan ranjau letupan darat (landmines).



Utusan Malaysia Online Rencana 20131218

Tags: komunis, pkm, sejarah
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Bubble Tea , Senaman Kecergasan dan Madu Kelulut

    Aktiviti kecergasan, senaman dibenarkan Madu kelulut mampu sembuhkan pesakit Covid-19 ? Sah bubble tea ialah teh mutiara FOTO: Aziz A.…

  • Adakah anda seorang yang berani?

    Artikel Waktu isu 1MDB lagi saya lawan, tegas Abdul Hamid dan Ketua Ulama Pas teruk kena maki hamun dengan Lokman Adam bertarikh…

  • Persepsi I

    Amar makruf nahi munkar perlu dijadikan pegangan warga PDRM (Mei, 3, 2021) ada menyebut mengenai ‘ war of perception’. Dunia…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments