kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tsunami purba pernah melanda Aceh kira-kira 7,500 tahun lalu

SEMBILAN tahun lalu, Banda Aceh pernah digegarkan dengan gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter yang kemudiannya disusuli dengan badaian ombak ganas tsunami setinggi 30 meter meranapkan wilayah itu hingga menjadi 'padang jarak padang terkukur'.

Ramai yang beranggapan peristiwa 'tidak disangka' itu merupakan bencana alam pertama dan terburuk yang pernah melanda Aceh dan beberapa lagi negara di rantau ini sehingga meragut lebih 286,000 nyawa.

Ini kerana, sebelum ini tidak ada maklumat sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis yang boleh membantu orang ramai untuk memahami risiko kewujudan bencana itu di wilayah berkenaan.

Tsunami sebenarnya berasal daripada perkataan Jepun 'Tsu' bermaksud pelabuhan, manakala 'Nami' membawa maksud gelombang dan jika digabung, kedua-dua perkataan itu membawa maksud 'Gelombang Pelabuhan'.

Namun, penemuan sebuah gua di Lhong, Aceh oleh sekumpulan penyelidik pada tahun 2011 telah menghasilkan satu teori baharu mengenai kejadian tsunami di wilayah itu.

Berdasarkan penemuan terbaharu itu, para penyelidik mendapati kejadian tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004 bukanlah yang pertama di wilayah berkenaan.

Buktinya, gua yang ditemukan itu dipercayai adalah kesan badaian tsunami purba yang pernah berlaku kira-kira 7,500 tahun lalu di wilayah sama.

Ketua penyelidik agensi Pemantau Bumi Singapura, Charles Rubin, berkata, kali terakhir tsunami melanda perairan itu adalah kira-kira 2,800 tahun lalu.

Beliau juga memberitahu, kajian mendapati, empat lagi tsunami telah berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini.

Gua batu kapur tersebut dikatakan terletak beberapa ratus meter sahaja dari kawasan perairan Banda Aceh dan terlindung daripada ribut dan angin kencang.

Kajian fizikal yang dijalankan penyelidik juga mendapati, dasar gua itu mengandungi pasir dan bahan-bahan hakisan yang dibawa oleh ombak sejak ribuan tahun dahulu.

Dalam pada itu, analisis radio karbon yang dilakukan ke atas bahan-bahan tersebut termasuk cengkerang, organisma laut, dan mikroorganisma menunjukkan, sudah 11 kali tsunami berlaku di perairan itu sebelum kejadian sama berulang pada tahun 2004.

Penyelidik juga tidak menolak kemungkinan terdapat dua gempa bumi raksasa berlaku di rantau itu sekitar tahun 1393 dan tahun 1450.

"Mesej yang dibawa daripada penemuan ini adalah kemungkinan besar peristiwa tsunami pada tahun 2004 lalu akan berulang untuk 500 tahun lagi," katanya ketika membentangkan penemuan itu pada persidangan American Geophysical Union di San Francisco baru-baru ini.

Indonesia merupakan negara kepulauan yang terletak di kawasan yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik iaitu kawasan yang sering mengalami ancaman gempa bumi dan letusan gunung berapi.



NORAZLINA ISMAIL Utusan Malaysia Online Rencana 20131230
Tags: bencana, tsunami
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Manusia Tanpa Kemanusiaan

    Manusia dan kemanusiaan harusnya seiring. Kata orang lama di tempat saya , manusia tanpa kemanusiaan umpama haiwan atau binatang. Sejak kecil…

  • Latah Wilayah atau Negeri

    Adalah saya merujuk kepada artikel ‘ Ada apa dengan istilah ‘wilayah’,’negeri’? ’ bertarikh…

  • Jujur kepada diri sendiri dalam hidup

    Kejujuran atau bersikap jujur adalah suatu perkara yang paling penting. Sentiasalah bersikap jujur dengan diri anda tanpa ragu-ragu mengenai…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments