kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Usah adakan sambutan Ambang 2014

TAHUN 2013 semakin meninggalkan kita. Lambaian 2014 semakin mendekati kita. Terlalu banyak kisah yang berlaku sepanjang tahun 2013 ini. Yang paling mendebarkan dan ibu segala kisah ialah Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Kisah paling menyedihkan pula buat seluruh negara ialah bencana banjir besar yang melanda hampir empat buah negeri - Pahang, Terengganu, Melaka dan Johor.

Oleh yang sedemikian, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar tidak menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 dengan 'konsert' dan 'mainan mercun serta bunga api' kali ini. Cukuplah dengan mengadakan solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat di masjid dan surau seluruh negara.

Sama-sama kita berdoa agar negara ini lebih aman dan makmur serta dijauhkan daripada bencana dan malapetaka pada tahun 2014 dan tahun-tahun mendatang. Bagi kaum bukan Islam, beribadatlah di rumah ibadat masing-masing.

Hampir setiap tahun di beberapa negeri mengalami banjir sehingga menyebabkan jutaan ringgit barangan rosak dan hilang. Malah, sehingga kini mangsa-mangsa banjir masih lagi trauma dan kebingungan yang amat sangat terutamanya dalam memyediakan keperluan keluarga kerana hampir seluruh barangan dapur dan rumah telah musnah akibat banjir besar ini.

Oleh itu, saya mencadangkan agar semua kerajaan negeri (yang tidak terlibat banjir), berganding bahu mengaturkan bantuan-bantuan kemanusiaan yang amat-amat diperlukan oleh mangsa banjir ini.

Bantuan-bantuan yang sedia ada masih lagi tidak mencukupi dan banyak lagi kekurangannya.

Sikap yang prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia selama ini, amat dipuji dan tidak perlu diragui lagi. Seluruh dunia mengakuinya keikhlasan rakyat Malaysia yang suka membantu.

Cadangan tidak diadakan sambutan ambang 2014 ini juga adalah untuk mengelakkan keselamatan warga Malaysia yang mengunjungi lokasi sambutan tersebut terancam gara-gara politik kotor penyokong pembangkang yang bercadang menganjurkan Himpunan Gulingkan Kerajaan.

Dengan membatalkan sambutan tahun baru tersebut, pihak polis boleh bertindak tegas kepada mana-mana individu yang berhimpun di Dataran Merdeka atas apa alasan sekalipun. Keselamatan rakyat Malaysa harus kita pertahankan.



JAMAWI JAAFAR ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Utusan Malaysia Online Rencana 20131230
Tags: sambutan
Subscribe

  • Kisoh Igak Ikang

    Doh wak gane ni orrrkk , kisoh petang ning lepah ' minung bir' .... bace deh ... kawang daghi ganu ato ... jangang maghoh ke ambe plok ...…

  • Kursus Bahasa Untuk Penerbangan ~ Loghat Perthliess (Abi)

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sat lagi kita nak mendaghat di Lapangian Teghebiang Cupin Tali pinggiang tu tulung pakai takut nye pelantin pi depan sat…

  • We can make CEFR work for us

    A GLOBALLY-RECOGNISED framework does not make English curriculum less Malaysian. I refer to the article, “Adopt a Malaysian…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments