kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Menampung kos tinggi di Lembah Klang

SEORANG sahabat yang baru berpindah rumah dari Kuala Lumpur ke Shah Alam akibat isteri berpindah tempat mencari rezeki, mengadu kepada penulis tentang tiga masalah rumah yang dihadapinya di saat-saat berakhirnya fasa 2013 yang penuh berwarna-warni itu.

Pada mula pelik juga mendengarnya, kerana berdasarkan pengalaman menjadi warganegara Malaysia dan sudah 40 tahun menapak di bumi bertuah ini, masalah rumah yang dihadapi rakyat negara ini khususnya di Lembah Klang hanya melibatkan ketidakmampuan membeli rumah sendiri. Iaitu rumah milik mutlak dengan nama sendiri ada dalam hak milik strata (strata title) untuk rumah pangsapuri/kondominium mahupun geran individu (individual title) bagi rumah bertanah.

Setelah bertentang mata, sahabat tersebut memberitahu masalah yang dihadapinya sama dengan masalah masyarakat hari ini. Masalah rumah yang pertama adalah masalah adiknya yang pening kepala kerana terpaksa menangguh perkahwinan beberapa kali kerana kos untuk mencari 'orang rumah' iaitu bakal isteri saban tahun meningkat.

Disebabkan kos melangsungkan perkahwinan meningkat daripada RM10,000 hingga RM30,000 maka adiknya terpaksa membuat pinjaman ABC daripada beliau dan adik-beradik yang lain.

Pelik juga mendengar wujud pinjaman ABC tersebut. Dalam nada bergurau sahabat tersebut memberitahu, ABC tersebut adalah pinjaman Adik Beradik Corporation. Walaupun ia mencetuskan ketawa, ia sepatutnya menyedarkan masyarakat apakah punca kepada kenaikan kos perkahwinan hingga menyebabkan hendak mengadakan majlis perkahwinan kosnya melambung setinggi bumbung pangsapuri 10 tingkat di tengah-tengah bandar ini.

Adakah kerana sikap menunjuk-nunjuk maka orang di bandar terpaksa membayar kos yang tinggi untuk berkahwin. Jawapannya bukan menunjuk-nunjuk tetapi itulah hakikatnya. Dengan kos serendah RM30,000 tersebut, hanya perkahwinan sederhana meriah dapat dilangsungkan.

Sewaan dewan untuk perkahwinan akibat kekurangan ruang mendirikan khemah di depan rumah pangsapuri sahaja boleh menjangkau RM3,000 bagi tempoh sehari.

Sahabat penulis terus membentangkan masalah rumah yang kedua iaitu kenaikan kos untuk memulihara (maintenance) rumah itu sendiri. Tahun 2014 dikhabarkan tarif elektrik akan naik dan beliau yang mempunyai rumah di Kuala Lumpur yang baru disewakan kepada orang bujang terlajak pening kepala mengenangkan kenaikan cukai taksiran pintu yang entah berapa ringgit akan dikenakan.

Sebagai warganegara yang mempunyai hak di sisi perundangan, beliau turut membantah kenaikan cukai pintu tersebut namun pada akhirnya hanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sahaja yang boleh memberi kata putus.

Setelah isteri berpindah dari Kuala Lumpur, sahabat tersebut yang bekerja di Ampang lalu menceritakan kos tol dan minyak petrol yang bakal ditanggung akibat kenaikan tol dan harga minyak sebelum ini. Maka wajah pening dan kerut seribu di dahi menggambarkan betapa kenaikan kos kehidupan mampu mengubah paradigma manusia tentang sesuatu perkara.

Dalam soal ini pihak yang selalu dipersalahkan adalah pihak berkuasa sedangkan dari segi dasarnya, kerajaan berhempas pulas memikirkan dasar yang bersesuaian untuk memastikan rakyat terus selesa menjalani kehidupan harian.

Disebabkan itu, Kerajaan Pusat melalui Bajet 2014 ada memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk warganegara berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000 selain yang berpendapatan isi rumah RM3,000.

Selepas menghela nafas panjang, sahabat yang berkerut seribu di dahi mengatakan ada satu kenaikan kos rumah yang amat memeningkannya setelah pembantu rumahnya yang lama, nekad pulang kampung kerana rindukan anak-anak dan mahu menetap terus di negara asalnya.

Kenaikan kos mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia meningkat RM6,000 sehingga RM10,000 menyebabkan niat untuk mencari pengganti pembantu rumah terus menemui jalan buntu. Jika benar kos tersebut kekal, maka mungkin isteri yang baru berpindah kerja terpaksa berhenti kerja dan hanya beliau seorang bekerja.

Dalam keadaan ini kos untuk menampung kehidupan yang tinggi memungkinkan perkara ini tidak akan terjadi. Anak-anak seramai lima orang siapa yang hendak menjaga.

Mereka masih ada yang bersekolah dan di bawah umur lima tahun. Jika ada pembantu rumah, anak-anak sudah pasti terjaga sedikit walaupun fiil pembantu rumah ada kalanya macam tidak boleh disuruh membuat kerja.

Justeru dalam menangani kemelut kenaikan kos mencari orang rumah, memulihara kos rumah dan mencari pendapatan isi rumah dan seterusnya mendapatkan pembantu rumah, pihak berkuasa harus mempertingkatkan perbincangan dengan pihak yang mampu menyelesaikan masalah ini.

Masalah kos perkahwinan yang meningkat di bandar adalah disebabkan cita rasa maka berhematlah dalam memilih kaedah yang tidak membebankan.

Bagi kos rumah dari segi tarif elektrik dan cukai pintu, sikap empati antara pihak terlibat perlu ada, kerana tidak kena dengan masanya untuk menaikkan semua perkara serentak dengan pendapatan rakyat marhaen tidak bergerak seiring masyarakat atasan.

Begitu juga dengan kenaikan kos pembantu rumah, jika terlampau tinggi ada baiknya kita perbanyakkan institusi penjagaan kanak-kanak diuruskan sendiri oleh kerajaan. Selain itu perbanyakkan institusi pembersih dan pencuci rumah yang datang dua kali seminggu.

Soal memasak sama ada lelaki mahupun wanita masaklah sendiri makanan anda, kalau ada duit makanlah di luar.



ABDUL RAZAK IDRIS Utusan Malaysia Online Rencana 20140101
Tags: kahwin, kos, rumah, sara hidup
Subscribe

  • The rules of royal succession

    The Federal Constitution provides the basis for choosing the King’s successor, aided by a rich tapestry of constitutional conventions or…

  • Promoting accord out of discord

    The Conference of Rulers can play a reconciliatory role and help to repair the frayed social fabric. NIK Raina Nik Abdul Aziz, the Borders…

  • For God, king and country

    AS we celebrate the 57th anniversary of Ma-laysia’s independence, we should also cerebrate about the foundation of our country. For…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments