kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat

Kuasa Membeli ....

BUKAN pelik melihat gelagat pengguna Malaysia. Mereka merungut harga barangan keperluan dan perkhidmatan semakin naik. Tetapi mereka tetap membeli dan berbelanja besar terutama barangan kurang perlu di gedung beli-belah yang mengadakan jualan murah.

Awang amat bersimpati kepada golongan bawahan yang paling terkesan dengan kegilaan peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Wang dalam tangan mereka kian kurang nilai apabila harga barangan semakin mahal.

Melihat pada kuasa beli pengguna golongan ini semakin berkurang, Awang tidak berharap sangat untuk kerajaan bertindak. Sudah banyak kali kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini berlaku tetapi amat kurang pihak peniaga yang mel;anggar undang-undang negara dibicarakan.

Kita juga tidak boleh menggesa masyarakat pengguna memboikot dan tidak membeli barangan dan guna perkhidmatan. Langkah ini akan mengganggu kitaran ekonomi negara.

Bila kurang berbelanja, maka peniaga akan rugi dan mungkin menyebabkan langkah penjimatan yang melibatkan pembuangan pekerja.

Langkah ini yang Awang tidak gemar. Namun pada masa ini pengguna perlu bijak menggunakan kuasa beli mereka. Beli yang perlu sahaja. Untuk anak-anak sekolah, sediakan bekalan makanan untuk mereka. Golongan pekerja juga boleh guna pendekatan ini.

Tak perlu kita menyalak bukit, suara kita hilang, peniaga masih berdegil. Mungkin langkah berjimat dan sediakan bekalan makanan sendiri boleh membantu menjimatkan wang kita.

Awang percaya, para peniaga yang tamak akhirnya akan menerima kesan apabila masyarakat pengguna kurang berbelanja. Ini cara berkesan untuk ajar peniaga.

AWANG - Minum air kosong. Utusan Malaysia Online Rencana 20140104

Tags: jimat, kuasa, membeli
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments