kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat - Kes Dera

DUA kes dera kanak-kanak yang menghiasi dada akhbar semalam membuatkan Awang tertanya-tanya ke mana hilangnya nilai seorang manusia?

Seorang daripadanya menjadi mangsa dera ibu tiri. Mujurlah dia sempat diselamatkan apabila perbuatan kejam mendera kanak-kanak perempuan itu disedari ibu saudara mangsa yang segera melaporkan kepada pihak polis.

Namun malang bagi kanak-kanak perempuan seorang lagi, Nur Jalilah Abdullah, 12, pengakhirannya berbeza. Kanak-kanak kurang upaya ini meninggal dunia akibat didera bapa angkatnya.

Seorang anak tiri dan seorang lagi anak angkat. Benar kedua-duanya bukan darah daging si pendera. Tetapi bolehkah ia dijadikan motif dan alasan untuk mendera mereka?

Sebagai ibu bapa, sepatutnya menjadi orang pertama yang diharapkan untuk melindungi anak-anak. Tidak kiralah sama ada anak itu anak kandung, anak tiri atau anak angkat.

Malangnya sudah banyak kes dera berlaku akibat kekejaman ahli keluarga yang sepatutnya menjadi pelindung mereka. Lebih malang lagi apabila ahli keluarga lain yang menyaksikan perbuatan kejam itu mendiamkan diri seolah-olah merestuinya.

Jangan tutup sebelah mata atas perbuatan kejam si pendera. Jangan juga menunggu sehingga mangsa sudah lembik dan tidak bernyawa baru hendak mengadu. Tukang dera kanak-kanak tidak patut sama sekali diberi muka.

Awang - Tak terkata. Utusan Malaysia Online Rencana 20140109

Tags: dera
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments