kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kenakan cukai tinggi ke atas semua pekerja, pendatang asing di Malaysia

JANGAN susukan anak kera di hutan, susukan anak sendiri di rumah! Ini berikutan senario pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing di Malaysia yang bebas cukai serta menikmati segala kemudahan dan keistimewaan lebih daripada rakyat tempatan.

Pada 21 Januari 2014, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi besar-besaran selepas berkali-kali memberi ruang dan peluang kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka dalam program 6P.

Hakikatnya, KDN pasti akan menjalankan operasi besar-besaran setiap tahun. Namun, umum mengetahui bahawa ia tidak sedikit pun berjaya mengurangkan jumlah PATI di Malaysia yang jumlah masuknya jauh lebih banyak daripada jumlah yang dihantar pulang setiap tahun.

Masalah pendatang sama ada secara sah dan haram ini merupakan masalah serata dunia. Negara seperti Amerika Syarikat juga berhadapan dengan masalah yang sama dengan PATI di Malaysia. Begitu juga Arab dan China. Faktor permintaan dan penawaran sentiasa menjadi sebab utama tindakan nekad PATI memasuki negara lain secara haram dan tindakan nekad rakyat tempatan yang melindungi mereka.

Bezanya di Malaysia, PATI Indonesia dan Thailand mempunyai hubungan yang amat rumit dengan masyarakat setempat. Terutamanya Indonesia yang persaudaraan terjalin seumpama paha kanan (Malaysia) dan paha kiri (Indonesia) walaupun saban waktu paha kanan yang terlebih mengalah.

Penulis sendiri dari galur datuk merupakan generasi keempat dan jika dari galur nenek merupakan generasi kesepuluh di Malaysia.

Justeru tidak hairanlah jika masyarakat setempat melindungi PATI umpama saudara kandung mereka sendiri. Ini mengakibatkan segala usaha kerajaan membanteras PATI tidak berjalan dengan lancar. Untuk rekod, PATI merupakan antara kunci utama kepada peningkatan kadar jenayah berat dan sosial di Malaysia.

Jika ke Sungai Buloh kita boleh menemui puluhan ribu PATI, di Gombak ratusan ribu PATI dan itu tidak termasuk Ampang, Klang, dan di mana-mana sahaja adanya industri yang memerlukan tenaga kerja yang murah.

Mereka ini menjana ekonomi kita dan menyumbang kepada aliran berbilion ringgit wang tunai keluar setiap tahun. Mereka bukan sahaja tidak perlu membayar cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah dan lesen kenderaan motor, tetapi juga menikmati harga murah minyak dan barangan subsidi, barangan runcit dari Kedai Rakyat 1Malaysia, air percuma di Selangor, elektrik percuma bawah RM20 di seluruh Malaysia.

Dengan hitungan mudah dapat disimpulkan PATI bukan sahaja menikmati apa yang rakyat Malaysia nikmati malah mereka lebih beruntung dari rakyat Malaysia sendiri.

Anak mereka yang lahir di sini terlindung oleh label bumiputera dan menikmati segala keistimewaan yang bumiputera peroleh termasuk menjawat jawatan dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tidak hairanlah jika kaum bukan Bumiputera di sini akan berasa cemburu dan kurang senang, sasaran yang mudah dipersalahkan seperti biasa, kerajaan.

Kita berharap kerajaan dapat memastikan hanya rakyat Malaysia sahaja yang menikmati segala kemudahan dan kelebihan. Kerajaan juga perlu mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada pekerja asing sah lebih-lebih lagi PATI.

Wujudkan satu badan bertindak khas Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memantau majikan yang menggaji PATI tanpa mengenakan tindakan Imigresen pada mereka dan mewajibkan potongan cukai lebih se per empat pendapatan.

Jika kerajaan serius, pasti hasil cukai yang mampu diperoleh dari PATI yang meraih berpuluh bilion setahun akan dapat meningkatkan pendapatan kerajaan sekali gus mengurangkan defisit.

Yang penting ialah usaha mengutamakan kebajikan rakyat Malaysia dan mendahulukan rakyat asing dalam soal peningkatan cukai dan pengurangan subsidi serta mengutamakan anak jati Malaysia tidak kira kaum di sektor awam dapat dicapai.


Utusan Malaysia Forum 20140117 MUSTAQIM ABDUL RAHMAN Kuala Lumpur
Tags: cukai, pati
Subscribe

  • Politik , Politicking

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Membaca Terlalu Banyak Berita Politik

    Mengamati dan taksub akan isu politik boleh membahayakan kesejahteraan, kebahagiaan dan hubungan anda Tak kira ketika musim pilihan raya atau…

  • Fitnah dan Memburukan

    Minta maaf atau sedia di saman , minta maaf atau jumpa di mahkamah sudah menjadi ‘bahasa pertuturan’ kegemaran masa kini baik kepada…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments