kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Muflis: Pihak ketiga lebih kejam

KAWASAN di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Melaka, empat negeri paling kerap ketika ini mencatat kes lelongan rumah dan tanah.

Kes bankrap ketara di situ. Namun lebih teruk lagi, sekarang menjadi trend pula tindakan serentak dilaksanakan pihak bank ke atas individu terbabit.

Kadang-kala ada yang sepatutnya dilelong hartanya (rumah) dulu dan selepas itu baru diambil tindakan selanjutnya, tetapi ini tidak berlaku, Sebaliknya si individu dibankrapkan dulu. Sedangkan sepatutnya dilelong hartanya (rumah atau tanah) dan apabila sudah dilelong, berapa jumlah (duit) yang diperoleh, sudah boleh ‘cover’.




Rumah teres dua tingkat di sebuah taman perumahan yang dilelong oleh pihak bank
selepas pembelinya gagal menjelaskan bayaran pinjaman. - GAMBAR HIASAN.

“Ini bila bankrap, kuasa ke atas harta itu hilang, jadi bank boleh buat sesuka hati...lelong. Walhal, kalau seseorang itu bankrap, bank tak dapat apa-apa pun. Semacam suatu kepuasan pula untuk melepaskan geram atau dendam semata-mata," ujar Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif (gambar) ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam kes terbaharu yang diterima pihak 4PM melibatkan seorang bekas pengurus sebuah syarikat insurans. Dia dikatakan mengambil pinjaman perumahan. Nasib malangnya bermula apabila berhenti kerja pada 2010. Akibatnya, dia tidak dibenarkan untuk terus membayar ansuran bulanan memandangkan dia bukan lagi kakitangan di syarikat itu. Sepatutnya, kalau berhenti kerja, bekas majikan dalam tempoh setahun perlu memaklumkan kepada individu terbabit bahawa dia mesti kena buat pinjaman luar.

Antara tahun 2010 hingga 2012, dia dipanggil hadir di syarikat berkenaan. Dan akhirnya dia berjaya melunaskan RM25,000 bayaran bulanan untuk perjanjian sambung bayar yang diteruskan. Tetapi dalam tempoh tiga bulan, individu berkenaan tiba-tiba menerima surat lelong.

Yang peliknya, kata Rosland, tidak ada surat daripada bank mengatakan individu itu telah membayar tunai RM25,000 itu. Walaupun sudah dibuat pembayaran RM25,000 itu, tarikh lelong ditetapkan pada 6 Januari 2014.

“Dia kemudian jumpa kami (4PM) untuk kaedah penyelesaiannya. Akhirnya lelongan ditangguhkan.

“Untuk urusan penyelesaian, pihak kami tidak jumpa syarikat insurans terbabit tetapi menemui pengurusan Tabung Haji (TH) untuk menyelesaikannya, yang mana syarikat berkenaan di bawah TH," katanya.

Kes kedua yang diterima 4PM pula membabitkan seorang Mejar (B) yang meminjam wang daripada peminjam berlesen kira-kira RM100,000. Peminjam bagaimanapun cuma dapat bersih pinjaman RM85,000. Setelah dia buat bayaran RM200,000, hutang masih tidak selesai. Harta telah dikaveatkan, walhal sudah bayar RM200,000.

“Selepas itu, kita panggil peminjam berlesen terbabit untuk runding, dia datang dan setuju untuk lepaskan mangsa dengan mensyaratkan kadar bayaran 1.8 peratus sebulan.

“Mereka datang dengan gengnya, kemudian kami berunding lagi sehingga kami kenal pasti bahawa mereka ini (peminjam berlesen tadi) sebenarnya telah menyalahi Akta Pemberi Wang Pinjaman Wang 1951. Akhirnya, peminjam berlesen tarik diri.

“Kalau tidak tuntutan mencecah hingga RM400,000 dengan setiap hari kalau lambat bayar dikenakan faedah RM5,000," kata Rosland lagi.

Kes seterusnya yang sedang ditangani oleh 4PM melibatkan pinjaman perumahan seorang individu dengan bank, yang akan dijual hartanya ke pihak ketiga. Pihak ketiga yang bukan bumiputera ini beribu pejabat di Hong Kong.

Tarikh lelong kemudian ditetapkan. Pihak peminjam bertemu dengan staf Rosland tiga hari sebelum tarikh lelongan.

“Pihak kami kemudian membuat siasatan dan yakin kesilapan telah berlaku bahawa tanah milik orang Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Kami kemudian menemui seorang penolong pegawai daerah (ADO) yang kemudian memanggil pentadbir yang mahu tetapkan tarikh lelong.

“Saya kemudian menarik perhatiannya...anda perasan tak apa yang berlaku bahawa ini tidak boleh dijual kepada bukan bumiputera. Akhirnya, didapati memang tidak boleh dibenarkan urusan jual beli, maka ditangguh lelongan itu," cerita Rosland.

Namun, sambung Rosland, kes itu tidak habis di situ. Tujuh bulan kemudian, tiba-tiba ditetapkan tarikh siasatan. Peminjam hadir sendiri dan kali ini nadanya berbeza pula. Dikatakan pula, sebuah bank telah dibenarkan untuk menjual tanah milik Melayu berkenaan.

“Namun, setelah pihak kami siasat, rupa-rupanya urusan penjualan kepada pihak ketiga ini melibatkan nombor siri yang sama, iaitu nombor sirinya dengan nombor siri syarikat bukan bumiputera itu sama. Kes ini akhirnya tergantung tanpa ada pembeli," katanya.

Rosland memberitahu, terdapat beberapa bank yang mendapatkan perintah mahkamah untuk menjual cagaran kepada pihak ketiga jika berlaku tunggakan ansuran dalam tempoh yang lama.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana urusan pinjaman dilakukan antara bank dan peminjam. Sepatutnya perkara ini tidak boleh diluluskan oleh mahkamah walaupun pihak bank mempunyai hak untuk bertindak demikian.

“Kita perlu mempersoalkan siapa dan apa kepentingan pihak ketiga ini? Biasanya mereka akan bertindak lebih kejam daripada bank iaitu mengambil tindakan muflis dengan rakus untuk menjual aset si peminjam.

“Disebabkan ilmu yang cetek dalam menentukan hak, biasanya si peminjam tiada pilihan lain dan terpaksa menerima keputusan kejam pihak terbabit. Bahkan, mereka juga terpaksa menanggung hutang yang tinggal sekiranya nilai aset yang dijual tidak dapat menampung jumlah pinjaman sebenar," katanya.

Dalam hal ini, kata Rosland, 4PM sedia memainkan peranannya.

Bukan sekadar khidmat nasihat, bahkan menjadi orang tengah antara peminjam dengan bank bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dan situasi menang-menang tanpa perlu membabitkan tindakan kebankrapan.

Melalui perbincangan dan menjadi orang tengah, 4PM berjaya menangguhkan beberapa kali lelongan awam di saat akhir termasuk pengisytiharan muflis ke atas peminjam.

4PM dan Rosland sendiri boleh dihubungi di talian 019-253 1000/019-397 1000 atau Web: http://www.ppppm.com.my/mainpage/, email: info@ppppm.com.my



Utusan Malaysia Rencana 20140120 ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my
Tags: hutang, muflis, rumah
Subscribe

  • Trapik Lait Ija ...

    Kite lalu depang Trafik lait … ija ija ija .. sini ija jugok Langkawi kalu jalang … ija dok ? … Ghase-ghasenye nye selughuh…

  • Mitok share ! Mitok share !

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Mitok share kepade sumue oghang hok dengo voice ni ... gini ... Jighaen saye kepade jighaen saya kepade…

  • Kisoh Igak Ikang

    Doh wak gane ni orrrkk , kisoh petang ning lepah ' minung bir' .... bace deh ... kawang daghi ganu ato ... jangang maghoh ke ambe plok ...…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments