kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Harapan & Penerimaan .......

 

Jika kamu memancing ikan.....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.......

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.........

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu

Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah
juga......

 

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang........

Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya.......

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.......

 


Jika
kamu menadah air, biarlah berpada...

Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

Cukuplah sekadar KEPERLUANmu......

Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.....


Akhirnya
ia dibuang......

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi......

 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya......

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.....

Anggaplah dia manusia biasa


Apabila
sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.....

Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkanya...

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti


Baik
untuk dirimu

Mengenyangkan .....Berkhasiat....

Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya

Kamu akan MENYESAL..

 


Begitu
juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan

Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU.....

MENGASIHIMU.....

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN

Kelak kamu akan KEHILANGANNYA, apabila

Dia menjadi milik orang lain......

 

sumbangan : Ct Sriauntiesri@yahoo.com via "Ahmad Fuad Ahmad" <fuad9_99@yahoo.com>

 


 
Subscribe

  • Zon Selesa

    Memberi pengucapan awam., menghadiri acara dan urusan rangkaian, menghadapi rakan sekerja. Ini adalah tugas yang tidak selesa, tetapi kadangkala…

  • Buanglah mentaliti ketam

    Jika anda memasukkan seekor ketam dalam baldi, ia boleh berusaha mencengkau atau mengepit ke atas dan keluar, dan kembali ke alam luar. Tetapi…

  • Ketam Mereng

    Istilah mentaliti ketam merujuk kepada tingkah laku ketam dalam baldi atau periuk yang cuba keluar mencari kebebasan. Ketam-ketam didalam baldi…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments