kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Generasi muda wajib perlu celik politik

Baru-baru ini, dalam penerbangan balik dari Jepun, Kunta Kinte duduk sebelah eksekutif wanita sebuah syarikat petroleum. Dia Melayu dan lulus Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kira nasib dia baik dan berjaya. Walaupun dia masih muda, dah boleh naik ‘business class’. Kunta Kinte pun kalau tak sebab ditaja oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Jepun (JIIA), tak mampu naik ‘business class’.

Dia naik ‘business class’ sebab itu keistimewaan bekerja sebagai eksekutif pemasaran syarikat multinasional (MNC). Yang menarik ialah MNC itu milik Kerajaan Malaysia.

Macam Kunta Kinte dah beberapa kali kata, kalau generasi muda tak ambil berat hal politik dan pemerintahan, merekalah yang akan tanggung bencana kalau kualiti pemerintahan dan pentadbiran negara hambar”

Alhamdulillah, atas kepandaian kita pilih pemimpin sejak merdeka dan mereka pula perintah dengan bijaksana maka ekonomi negara kita jauh lebih baik daripada zaman penjajahan.

Hari ini, kita ada banyak syarikat MNC milik negara dan swasta atau kongsi antara kerajaan dengan swasta. Secara kasarnya, MNC adalah syarikat yang bergiat di banyak negara dan tempat.

Sejarah penubuhan

Syarikat MNC Malaysia yang Kunta Kinte sebut ini ditubuhkan pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Tapi bila Kunta Kinte tanya eksekutif muda itu sama ada dia tahu atau tidak sejarah syarikatnya, dia kata sikit-sikit. Jadi Kunta Kinte pun ceritakanlah bagaimana Tun Razak tubuh syarikat itu.

Pada zaman Tun Razak lah paling banyak agensi amanah Bumiputera dan syarikat milik kerajaan ditubuhkan sebagai salah satu kegiatan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Masa itu, pemilikan dan matlamat agensi serta syarikat amanah Bumiputera jelas. Pemilik mutakhirnya adalah Bumiputera dan tujuannya bantu Bumiputera ambil bahagian dalam ekonomi moden.

Masa itu tak dipanggil syarikat berkaitan kerajaan atau GLC. Sekarang bila dah jadi GLC, ada orang kata ia bukan khas untuk Bumiputera lagi. Mereka kata GLC milik semua rakyat Malaysia.

Tak lama lepas ditubuhkan, Tun Razak meninggal dunia. Allahyarham Tun Hussein Onn laksanakan matlamat syarikat itu. Kemudian masa Tun Dr Mahathir Mohamad, dia galakkan syarikat itu pergi melabur di luar negara. Maka jadilah ialah syarikat multinasional.

Wajib guna ilmu, teknologi

Balik kepada cerita eksekutif muda kita tadi, Kunta Kinte perhatikan masih ramai anggota generasi muda kita tak berapa faham sejarah dan tak ambil berat hal politik.

Macam Kunta Kinte dah beberapa kali kata, kalau generasi muda tak ambil berat hal politik dan pemerintahan, merekalah yang akan tanggung bencana kalau kualiti pemerintahan dan pentadbiran negara hambar.

Kunta Kinte bagi tahu dia, generasi muda sangat bernasib baik ada pelajaran dan ada peralatan komunikasi moden. Kalau mereka tahu apa yang mereka mahu, dunia ada di hujung jari mereka.

Jadi mereka wajib guna ilmu dan teknologi yang ada kepada mereka untuk desak pemimpin dan parti politik buat yang terbaik untuk mereka dan masa depan negara.

Tuntutan generasi muda

Kunta Kinte kata, mereka kena buat jaringan dengan seramai mungkin pemimpin politik tak kira parti, bangsa atau agama. Dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama macam Malaysia, kita kena ambil tahu dan faham satu sama lain.

Generasi muda kena tuntut supaya suara mereka didengar dan dibagi tahu apa yang pemimpin dan parti politik rancang untuk mereka.

Kalau mereka tak ambil peduli atau menyerah saja, mereka tak boleh salahkan sesiapa kalau negara dijahanamkan oleh ahli politik yang gila kuasa, rasuah dan lemah fikiran. Wallahualam.

Kunta Kinte Original Berita Harian Rencana 08/02/2014
Tags: mnc, politik, sejarah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments