kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Perempuan suka buat perkara memualkan

BARU-baru ini, Bro terima e-mel daripada seorang perempuan yang melahirkan perasaan kesalnya terhadap gelagat kawan-kawan sepejabat dengannya.

Antaranya, si pengirim e-mel itu menulis, "Bagi saya perempuan di…(nama pejabatnya) yang ada akaun FB@Twitter@Blog suka mempromosi diri mereka di laman sosial misalnya post gambar ujian 3D kata hamil, tak cukup post gambar di FB@Twitter kemudian post gambar di Instagram nak bagi semua rakan komen.

"Pendapat saya tak perlulah post pasal diri tu hamil di media sosial lagipun kandungan tu baru 3 minggu pun, nak post macam mana, kalau kandungan tu keguguran ke? Sebab masih baru lagi.

"Ada semua perempuan di… suka post gambar ketika masuk bilik bersalin, tak sedar aurat terbuka ramai yang tonton termasuk lelaki dan perempuan, tak cukup (dengan itu) lepas keluar dari bilik bersalin terus post gambar dengan ‘baby’ yang masih merah lagi. Bagi saya perempuan-perempuan di… suka promosi diri, anak-anak dan suami mereka sendiri.

"Lagi satu perempuan-perempuan yang sudah berkahwin suka post di FB@instagram@twitter ayat seperti ini ‘thaks to mysayang sebab bagi duit beli baju, duit servis kereta, duit makan… perlu ke post ayat-ayat seperti itu. Lagi satu saya cukup menyampah pada gadis atau perempuan post ayat-ayat cinta@sayang nak bagi tahu bahawa mereka orang yang bercinta."

Bro hanya tersenyum membaca e-mel itu sebab ia mengesahkan apa yang selama ini Bro katakan bahawa perempuan memang suka bangga tak bertempat. Sebenarnya, bagi Bro apa yang dikatakan oleh pengirim e-mel itu bukannya berlaku di tempat kerja dia sahaja, malah di mana-mana pun selagi ada perempuan itulah yang terjadi.

Bro bersetuju buat apalah nak post gambar-gambar tengah mengandung, apatah lagi dia isteri kedua, tak tahu ke nak jaga perasaan isteri pertama? Sebab itu Bro kata yang selalu bagi hati perempuan terguris, perempuan juga, bukannya lelaki.

Memang Bro menyampah bila baca dalam Facebook, ada perempuan post ucap terima kasih kepada suami atau teman lelaki kerana bagi hadiah itu dan ini. Ada pula perempuan suka sangat cerita apa layanan yang mereka terima daripada suami, sehinggakan apa yang berlaku dalam bilik tidur pun nak mereka hebohkan satu dunia.

Bagi Bro, perempuan macam ni tak matang dan kurang pengetahuan tentang hukum-hakam suami isteri. Fahamlah sikit, ada perkara kita boleh ceritakan dan ada perkara kita kena rahsiakan. Ini tidak, siap tulis lagi kat Facebook, "terima kasih sayang atas ‘layanan’ malam tadi.’’ Aduh.... Apalah penyakit perempuan macam ni.

Ada pula yang meluahkan perasaan kepada suami atau kekasih melalui Facebook. Bro tak faham apa faedah pada mereka, bagi orang menyampah ada la.

Sesetengah tu pula kalau bergaduh dengan pasangan pun tulis kat Facebook dengan harapan kawan-kawan akan komen. Bagi Bro, perempuan yang macam ni, tak matang dan berfikiran cetek, Meluahkan perasaan di Facebook kerana kita ada masalah dengan pasangan kita bukanlah pendekatan bijak, sebaliknya menampakkan betapa jahilnya seseorang perempuan itu hendak menyelesaikan masalah.

Seperkara lagi, bagi Bro tak payahlah nak ucapkan sayang kat pasangan kita di Facebook atau laman sosial ni, buat Bro nak muntah sahaja. Bukan apa, Bro takut bila nanti berlaku apa-apa dalam hubungan, semua perkara buruk akan dikeluarkan. Perempuan ni tahu sajalah sentiasa dikuasai oleh emosi, kalau dah marah segala isi perut mereka nak keluarkan untuk lepaskan geram.

Oleh itu Bro berharap sudah-sudahlah menggunakan laman sosial untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mana dikatakan oleh pengirim e-mel tersebut. Bro takut dalam keghairahan nak mempromosikan diri dan pasangan, akhirnya menjebak diri mereka dalam dosa.

Bro tak kisah pun kalau lepas ni ada pula perempuan yang hantar e-mel kutuk Bro macam Bro terima baru-baru ini. Bagi Bro, semua itu tidak akan menggugat perjuangan Bro untuk menegur perempuan-perempuan yang perasan, tidak matang dan tidak cerdik dalam bertindak.

Lagipun Bro tak perlu emosional untuk menerima kutukan mereka kerana Bro bukannya perempuan atau ‘lelaki lembut’ yang mudah sangat tersinggung.

Cuma Bro nak nasihatkan perempuan-perempuan, janganlah buat perangai yang memualkan, biarpun Bro tahu perempuan ni memang sudah cukup memualkan bila tidak mahu menerima teguran, kritikan dan sentiasa tidak rasional apabila bertindak.  JUMPA LAGI - Bro Tompok.



Kucing Jantan Utusan Malaysia Rencana 20140209
Tags: mual, perempuan, wanita
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments