kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Masih penting walaupun ada gajet

TIDAK dinafikan peningkatan pengaruh telefon pintar yang dilengkapi pelbagai aplikasi moden menyebabkan penggunaan telefon awam kian berkurangan.

Bagaimanapun, perlu diingat kemudahan itu tidak boleh dihapuskan terus memandangkan terdapat golongan yang masih menggunakannya seperti pelajar, pelancong asing, warga emas mahupun individu tidak berkemampuan.

Namun, sangat mendukacitakan apabila tinjauan dibuat di beberapa lokasi di ibu negara mendapati beberapa telefon awam tidak boleh berfungsi dengan baik.

Ada yang rosak akibat peti dipecahkan, wayar ganggang diputuskan, punat butang dicabut dan paling teruk hanya tinggal bumbung sahaja.

Selain itu, telefon awam turut menjadi mangsa tampalan pelekat dan iklan-iklan haram yang secara tidak langsung mencacatkan pemandangan serta menjatuhkan imej Kuala Lumpur.

Menurut seorang kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM), Muhammad Nur Syahrifudin Abd. Latif, 25, kegagalan telefon awam berfungsi dengan baik menyusahkan mereka yang amat memerlukan kemudahan tersebut.

"Walaupun memiliki telefon bimbit, pada ketika kehabisan bateri, saya juga terpaksa mencari alternatif lain termasuk menggunakan telefon awam.

"Lagipun bukan semua mempunyai telefon bimbit terutama yang tinggal di kawasan pedalaman. Namun, yang susahnya setiap kali jumpa pondok telefon, ada sahaja yang rosak akibat perbuatan vandalisme," katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan sektor swasta, Mohd. Hafizi Hassan, 24, berkata, telefon awam sangat penting sebagai alat perhubungan pilihan kedua apabila gajet lain tidak boleh digunakan.

"Biasanya dalam keadaan telefon bimbit kehabisan bateri dan kredit menyebabkan kita terpaksa menggunakan telefon awam untuk membuat panggilan kecemasan," katanya.

Dalam pada itu, seorang suri rumah, Esah Abd. Rahman, 50-an berkata, kemunculan gajet yang lebih moden menyebabkan telefon awam semakin kurang digunakan.

"Masyarakat sudah tidak mengambil peduli terhadap kemudahan tersebut memandangkan mereka lebih bergantung kepada alat yang lebih canggih.

"Sebab itu, jika telefon awam rosak sekalipun, ia tidak memberi kesan kepada sesetengah pemilik telefon bimbit," katanya.



Utusan Malaysia Rencana 20140215
Tags: telefon
Subscribe

  • Ergonomi, Peranti Mudah Alih dan Tempat Kerja

    Sejak Mac 2020, kebanyakan institusi mula dan diarahkan untuk bekerja di rumah. Bagi institusi pendidikan terutamanya kerja mendidik dijalankan…

  • Perjalanan panjang telefon awam

    SEJARAH dan perkembangan telefon awam di negara ini bermula ketika zaman pemerintahan British sekitar tahun 1930-an. Menurut Ketua Muzium Telekom,…

  • Perlu bantuan operator

    A/B Black merupakan telefon awam buatan British yang dilengkapi dengan sebuah telefon lengkap dail bagi memberi kemudahan kepada sesiapa yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments