kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mokhzani, Azman antara 10 terkaya

Kuala Lumpur: Dua lagi tokoh korporat Melayu tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini.

Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion.


Ini kali pertama kedua-dua mereka tersenarai dalam kedudukan 10 terkaya.

Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut kekal dalam senarai 10 terkaya, tetapi jatuh satu tangga berbanding kedudukan kelima tahun lalu.

Kekayaan Syed Mokhtar meningkat RM4.43 bilion, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari 2014.


Shahril, Shahriman antara 20 terkaya

Dua lagi usahawan Melayu dalam kedudukan 20 terkaya ialah Presiden dan Ketua Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin.

Tan Sri Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal individu paling kaya, diikuti ahli perniagaan, T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Menurut majalah itu, gabungan aset 40 individu paling kaya di Malaysia adalah RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014, meningkat 11.73 peratus berbanding tahun lalu.

Kali pertama majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan aset mereka hanya RM41.7 bilion.

BERNAMA Berita Harian Nasional 21/02/2014
Tags: terkaya
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments