kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Ajarlah artis menggunakan media sosial

SITI perhatikan sebahagian besar daripada artis kita ini nampak sahaja hebat dan up to date, kononnya tapi sebenarnya mereka buta teknologi maklumat. Pakai sahaja telefon canggih, tablet dan komputer riba yang mahal tapi tak tau nak menggunakannya.

Senang cakap lagak sahaja hebat dan moden tapi sebenarnya macam orang beli peti sejuk untuk simpan baju. Orang menggunakan teknologi maklumat untuk mencerdikkan diri, mereka pula untuk menonjolkan kebodohan sendiri.

Disebabkan banyak artis kita tak tahu menggunakan teknologi maklumat dan laman sosial, Siti mengesyorkan ada pihak yang tampil menganjurkan kelas khas untuk artis-artis bengap seperti ini. Siti sebenarnya dah semak perut, lemas dan mual dengan gelagat artis kita yang terasuk dengan kejutan budaya laman sosial ini.

Bila ada Facebook mereka pun galak berfacebook. Maju sangatlah kononnya. Ada pula telefon pintar yang boleh up date Facebook di telapak tangan. Hakikatnya tak maju mana pun. Ini samalah dengan perumpamaan bunga yang cantik diberi kepada beruk. Tak berguna jadinya.

Sekarang ini pula sudah ada Instragram. Maka berinstagramlah mereka. Sikit-sikit hantar gambar dalam Instagram. Nasib baik gambar masa dalam tandas tak dimasukkan dalam Instagram.

Cubalah perhatikan bagaimana artis-artis menggunakan Instagram. Sesetengahnya kalau boleh semua gambar dan cerita peribadi nak dilambakkan dalam Facebook dan Instagram. Terukkan penyakit mereka ini?

Ada artis wanita yang tayang perut memboyot di Instagram kononnya untuk berkongsi dengan peminat. Eee...teruknya. Ada yang tayang sekularnya mereka memegang anjing nak bagi ‘satu Malaya’ tengok.

Ada juga artis wanita tayang gambar bercium dengan teman lelaki kononnya itu laman peribadi. Yang siar video seluar dalam mereka pun ada, kononnya itu satu daya kreatif. Tak apa, buatlah, kata sesetengah pihak.

Yang menggunakan Twitter pun begitu juga. Banyak yang memberi komen ikut kepala bengap mereka sahaja. Ini samalah dengan seorang CEO Melayu yang kata Utusan Melayu rasis. Ini semua satu kapal.

Siti fikir sesetengah daripada artis kita sengaja merancang untuk menyiarkan gambar-gambar yang mencemarkan maruahnya untuk mencari publisiti murah. Bila ada surat khabar yang ketandusan cerita menjadikan gambar-gambar itu sebagai isu, maka artis ini pun kata, itu laman peribadi. Tengoklah berapa punya bengap, kalau peribadi janganlah buka kepada orang ramai.

Siti sangat percaya kalau dibenarkan, banyak artis Melayu dan Islam sanggup menyiarkan gambar bogel di Facebook atau Instagram. Yang penting popular dan yang kita lihat sekarang ini pun apa kurangnya.

Kalau orang kata mereka perosak akhlak generasi muda, mereka marah kononnya masyarakat selalu pandang serong sebab mereka artis. Masyarakat tak ada masalah nak cemburukan artis, orang tegur sebab melampau sangat.

Yang lebih teruk lagi jenis yang selalu mendakwa diri sebagai anak seni. Kononnya darah seni mengalir dalam tubuh mereka dan sudah sebati menjadi darah daging. Poorah... Apa yang mereka faham tentang seni? Ini adalah pelacur seni yang memesongkan maksud seni sebenarnya. Mereka ini adalah ejen-ejen perosak yang telah ditolak oleh Barat, kitalah yang mengutip sampah sarap kemudian menjulangnya sebagai ‘selebriti’.

Siti tidak menolak seni malah sangat menghayati seni. Tapi apa yang diberikan oleh sesetengah artis kita jangan kata menghampiri seni, langsung tidak tahu makna seni. Siti meminati lukisan, teater, filem dan muzik. Tapi tengok juga karya yang bagaimana dan siapa yang membuatnya.

Maka kalau ada pihak yang prihatin untuk menyelamatkan artis kita tampillah menganjurkan kelas untuk mereka, setidak-tidaknya ajarlah menggunakan laman sosial. Kemudian nasihatkan mereka jangan terlalu murah sangat menyekutukan diri dengan istilah anak seni. Siti tidak akan berkompromi dengan pelacur-pelacur seni dalam apa keadaan sekali pun.

SITI JARUM: Lingkuplah teater bila ‘batang pisang’ disusun di atas pentas.



Siti Jarum Utusan Malaysia Rencana 20140302
Tags: artis, media
Subscribe

  • Hampir semua berita berbaur politik

    Kita terlampau berpolitik, setuju? oleh Merrepak 24 Mac 2019 adalah dipersetujui. Setiap hari tentunya kita akan membaca dan memperolehi berita…

  • Print media still has a role

    Avoid straining your eye and outlook and ‘never say die’ is maybe what I understand of the writing by the NST group editor, Rashid Yusof…

  • Media cetak masih relevan

    Elakkan dari menyakitkan mata dan pandangan anda dan 'jangan mengalah' mungkin apa yang saya faham tentang penulisan oleh editor kumpulan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments