kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Jutawan termuda di dunia

JIKA di Amerika Syarikat, Bill Gates berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya dunia namun, di sebalik senarai orang terkaya itu juga turut terselit nama-nama golongan belia yang tersenarai dalam kumpulan elit itu pada tahun 2014.

Dengan nilai berbilion dollar, daripada 1,645 nama yang tersenarai dalam Bilionair Forbes, 31 daripadanya berusia di bawah umur 40 tahun.

Jom kita lihat siapa yang dimaksudkan itu. - AGENSI

Mark Zuckerberg (RM93.3 bilion)


Mark Zuckerberg

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg sudah tentu tersenarai sebagai jutawan muda terkaya di dunia dengan nilai kekayaan berjumlah RM93.3 bilion. Selepas melihat syarikatnya mengalami kemerosotan pada Mei 2012, Facebook yang berpangkalan di California bangkit dengan jumlah saham 130 peratus lebih tinggi pada pertengahan Februari 2014.

Dustin Moskovitz (RM22.2 bilion)

Jutawan muda Dustin Moskovitz, 29, merupakan bekas rakan sebilik Mark Zuckerberg dan merupakan orang terawal yang turut membantu dalam projek rangkaian sosial itu dari asrama Universiti Harvard. Selepas meninggalkan Facebook pada tahun 2008, Dustin menubuhkan syarikat perisian Asana dan sehingga kini berjaya mengumpul harta kekayaan berjumlah RM22.2 bilion.

Utusan Malaysia Rencana 20140308
Tags: billionaires, jutawan
Subscribe

  • Cerita pemimpin lama kesatuan MAS

    Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun sejak 58 tahun lalu dirai dengan penuh penghayatan. Pada 1 September 2015 ini pula akan lahir…

  • CEO paling sesuai untuk MAS baharu?

    Perancangan pemulihan Penerbangan Malaysia (MAS) kena bermula Januari tahun depan. Kalau hen­dak membuka buku baharu, eloklah MAS dan rakyat…

  • MAS mesti radikal pulih semula imej

    Tidak syak lagi, 2014 akan selama-lamanya kekal dalam ingatan dan bersemadi di hati sanubari rakyat Malaysia. Dengan tragedi berkembar kapal terbang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments