kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Herba paling mujarab

KUNYIT atau nama saintifiknya curcuma longa adalah rempah biasa yang banyak digunakan dalam masakan serta dijadikan bahan sampingan jamu.

Di dalam perubatan tradisional Melayu, Ku­nyit adalah herba masakan utama yang digunakan dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan paling mujarab.


Namun, masih ramai yang tidak mengetahui kehebatan herba ini walaupun di peringkat dunia, ia antara tumbuhan penting dalam perubatan.

Kunyit menjadi herba penting dalam sistem perubatan tradisional Cina dan India. Kini, khasiatnya diperakui pakar hospital ternama di Amerika dan Eropah.


Rahsia penawar daripada kunyit ini adalah warna kuningnya yang dinamakan curcumin.



KUNYIT menjadi ramuan utama Pil Kunyit Anugerah.
Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford Profesor Gerard Bodeker, curcumin adalah bahan aktif utama yang mampu menguatkan sistem imunisasi badan daripada serangan penyakit.



ODEKER menunjukkan buku mengenai herba tradisional Malaysia.
“Curcumin adalah antara bahan penyembuh terbaik di dunia perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil dari ekstrak curcumin bersamaan mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur.

“Ia mempunyai keupayaan antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi penyakit kanser,” katanya.

Menjelas lanjut, Bodeker berkata, curcumin bukan saja mampu bertindak sebagai penawar, malah mengandungi komponen bio-aktif polyphenol yang membantu mencegah tanda awal kanser.

“Apa yang lebih menakjubkan mengenai curcumin, ia bersifat anti radang dan antioksida yang berkesan untuk meng­halang penyakit, sekali gus membolehkan seseorang itu mencapai tahap kesihatan optimum,” katanya.

Menyedari fakta itu, Anugerah International sekali lagi mencetus revolusi dalam herba tradisional apabila memperkenalkan Pil Kunyit Anugerah yang menggabungkan khasiat kunyit dengan teh hijau.

“Teh hijau yang diperakui kaya dengan bahan aktif catechins mampu mencegah kerosakan sel dalam badan. Dalam masa sama, ia juga dipercayai boleh melancarkan perjalanan darah dan menurunkan kadar kolesterol,” kata­nya.



AZHAR ketika pelancaran Pil Kunyit Anugerah di Kuala Lumpur Convention Center baru-baru ini.


Sementara itu, Imam Muda Azhar Ghazali berkata, selain khasiat saintifik, pil berkenaan juga ditenagakan de­ngan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa syifa untuk memulih­kan kesihatan.

“Khasiat pil ini 20 kali lebih baik daripada kunyit biasa. Gabungan ayat al-Quran dengan kedua-dua herba ini pula baik untuk membantu mengatasi penyakit berat, sakit badan serta radang.

“Malah, bagi orang yang sihat, pil ini adalah makanan untuk mereka sebelum sakit,” katanya.

Intan Mas Ayu Shahimi myMetro Nuansa  2014/03/07
Tags: health
Subscribe

  • Besar mangkuk ikan

    Ada pepatah lama yang menemui kehidupan baru dalam dunia perkongsian tular meme iaitu seekor ikan hanya akan membesar mengikut bekas mangkuk atau…

  • Ikan RM1 sekilo kurang 20% tak beban

    Ikan RM1 Alor Setar: Harga pasaran ikan kembung di negeri ini mencatat penurunan sehingga RM1 sekilogram (kg) berikutan berlaku lambakan akibat…

  • Sumpahan 
patin dan kerapu

    Benarkah manusia boleh dimakan sumpah? Misalnya, keturunan Laksamana Bentan akan muntah darah kalau menjejakkan kaki ke kawasan perkuburan Sultan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments