kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Susah cari makan, azab hilang modal dan pendapatan

ADA mengatakan pakatan pembangkang atau 'pakatan rakyat' di Selangor sejak lapan, sembilan bulan lalu sibuk berpolitik. Bukannya menjaga rakyat pun.


Kes denggi meningkat, antara tertinggi di negara ini. Ini dikatakan kerana sampah tidak dikutip mengikut jadual. Dikatakan PBTnya (pihak berkuasa tempatan) tidak membelanjakan sangat peruntukan untuk aspek kebersihan. Sampah tidak dikutip dengan baik, sistem pengurusannya berkecamuk. Itu belum masuk lagi krisis air.

Sebenarnya rakyat Selangor termasuk pengundi di Kajang cukup hairan mengapa calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sibuk pula melancarkan ‘Manifesto Kajang’ yang kononnya mengandungi empat komitmen beliau kepada penduduk andai kata menang Ahad 23 Mac ini.

Antara komitmen itu termasuklah meningkatkan prestasi kutipan sampah di kawasan Kajang dan mengusahakan pembangunan anak muda dan usahawan kecil. Bukankah soal kutipan sampah tanggungjawab PBT di bawah kerajaan PKR negeri? Mengapa kini baharu dibangkitkan? Bukankah itu juga terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pakatan itu pada Mei tahun lalu?

Pelancaran ‘Manifesto Kajang’ oleh PKR pelik sungguh kerana sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri, parti itu boleh terus melaksanakan agenda pembangunan rakyat.

Kenapa masih mahu berjanji sedangkan kerusi DUN Kajang telah dimenangi mereka sejak pilihan raya umum pada 2008 lagi. Apa agaknya dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri Besar sejak kemenangan mereka pada tahun itu. Malah, Wan Azizah adalah presiden parti. Dia boleh beri arahan sahaja kepada Menteri Besar dan semua ADUN untuk buat kerja. Dia hendak buat manifesto untuk apa lagi?

Difahamkan, ahli-ahli majlis kerajaan negeri Selangor tidak bermesyuarat dan berjumpa persatuan penduduk sejak enam bulan lepas. Susah rakyat tiada tempat mengadu.

Tambah menyedihkan, lesen perniagaan naik antara 80 peratus hingga 300 peratus (2013-2014). Susahkan peniaga. Premium tanah pula diukur mengikut nilai pasaran. Kadar lama RM300 satu lot naik kepada RM37,000 satu lot. Sekali lagi menyusahkan rakyat. Itu belum termasuk cukai pintu rumah naik 20 peratus. Ini menyusahkan pemilik harta pula.

Peniaga susah cari makan. Azab rakyat hilang modal dan pendapatan.

Tidak ada perumahan rakyat dibina di Kajang. Itu belum masuk bab banjir kilat. Akibat gagal mengurus, kualiti hidup pun boleh merosot.

Tetapi yang peliknya juga, di sebalik semua ini, elaun Exco kerajaan negeri boleh naik pula sehingga 213 peratus. Daripada RM6,109 sebulan kepada RM20,250. Gaji pokok Speaker naik 268 peratus daripada RM6,109 kepada RM22,500 sebulan. Elaun wakil rakyat pula meningkat 87 peratus daripada RM6,000 kepada RM11,250. Itu belum lagi gaji Menteri Besarnya yang mencanak 100 peratus, kepada RM29,250 daripada RM14,175.

Tambah menghairankan, Barisan Nasional (BN) pernah mencadangkan kenaikan gaji 10 peratus wakil rakyat tetapi ditentang pakatan pembangkang walaupun kenaikan itu pada tahap minimum.

Cadangan untuk menaikkan elaun dan gaji oleh kerajaan Pusat itu hanya 10 peratus kepada 222 ahli parlimen dalam Bajet 2012, tetapi ditentang hebat pembangkang.

Tiba-tiba, mereka yang menentang itu akhirnya menyokong pula kenaikan gaji wakil rakyat yang dilaksanakan DUN Selangor.

Dari segi lain, rakyat Kajang perlu ambil iktibar daripada tindakan PKR yang sanggup menyusahkan rakyat dengan mengosongkan kerusi DUN ini bagi menangani masalah dalaman parti tersebut.

Sepatutnya PKR mentadbir Selangor dengan baik selepas mendapat mandat daripada rakyat, bukannya mengosongkan mana-mana kerusi DUN sesuka hati.

Nanti kalau keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya selepas ini, Anwar kosongkan pula Parlimen Permatang Pauh dan Wan Azizah bertanding di sana pula. Seolah-olah Malaysia ini milik dia dan suaminya. Bayangkan kalau isteri pemimpin BN bertanding, bukan main hebat mereka hebahkan, putar-belitkan.

Cuba sekali lagi kita renung-renungkan elemen ini. PKR dengan sengaja menyuruh ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memuaskan nafsu politik Anwar Ibrahim.

Dan Anwar boleh pula sesuka hati memilih isterinya sebagai calon ganti apabila dia tidak layak bertanding di DUN Kajang kerana kesalahan meliwat.

Kalau macam ini skripnya, apa sudah jadi Pengundi Kajang wajar memberi ruang kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang kalau diberi peluang, mampu menjadi penghubung antara rakyat Kajang dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik.

Mei Fun barangkali tidak perlu memikirkan ‘masalah dalaman PKR, masalah Permatang Pauh dan masalah suaminya’.



Zulkifli Jalil Utusan Rencana 20140321
Tags: pendapatan, rezeki
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments