kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Perempuan memang pandai bersandiwara

SEJAK ruangan ini diwujudkan semula pada awal tahun ini, Bro menerima banyak e-mel khususnya daripada kaum perempuan. Ada yang memberikan pandangan positif dan ada pula yang memberikan pandangan negatif. Bro amalkan dasar terbuka, sama ada pandangan positif atau negatif Bro terima sahaja.


Bagaimanapun Bro hendak jelaskan, ruangan Bro bukan bertujuan menjatuhkan maruah perempuan apatah lagi memburuk-burukkan golongan itu, Bro hanya memberikan teguran ikhlas kerana Bro tidak mahu dalam kita menjalani kehidupan seharian ada sahaja perangai perempuan yang memualkan.

Kalau teguran Bro tidak kena pada diri sendiri, tak payah hendak melatah dan menuduh Bro macam-macam termasuklah Bro ni anti perempuan atau lebih teruk lagi kata Bro gay.

Apabila membaca komen seumpama ini, Bro hanya tersenyum. Bro malas hendak layak perempuan yang cetek fikiran kerana Bro tahu perempuan dalam banyak situasi, mereka cepat terperangkap dengan emosi.

Bro tidak kata semua lelaki adalah sempurna, Bro sendiri pun ada kelemahan tetapi kaum lelaki jarang melakukan perkara yang pelik-pelik atau sebarang perbuatan yang bertujuan untuk menarik perhatian umum. Tetapi kalau kita kaji, perempuanlah yang paling banyak melakukan perbuatan tersebut.

Bro beri teguran kepada semua perempuan tidak kira sama ada ia berkahwin atau tidak, dia kekasih orang atau isteri orang. Apa yang penting niat Bro ikhlas kerana Bro tak mahu perempuan terus hanyut dengan emosi dan tidak menyedari perbuatan yang mereka rasa betul sebenarnya hanya menimbulkan perasaan mual dalam kalangan lelaki.

Bro tahu ada perempuan yang mampu menerima teguran secara terbuka sebab itulah ada antara mereka menyokong seratus peratus apa yang Bro tulis, mereka tidak melenting, mereka tidak marah, sebaliknya mereka mahu Bro meneruskan usaha menegur kaum perempuan.

Bagi Bro, perempuan yang tidak boleh terima teguran atau kritikan melalui ruangan ini adalah golongan perempuan bermasalah dan merasakan apa sahaja yang dibuat biarpun menyakitkan hati atau mata memandang adalah betul. Perempuan yang macam ni Bro anggap ada masalah jiwa tidak tenang.

Kalau jiwa dia tenang sudah pasti sebarang teguran, kritikan atau pandangan akan diterima dengan fikiran terbuka serta paling penting menjadikan ia asas untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri dalam kita menjalani kehidupan di alam fana ini.

Tetapi masalahnya, perempuan kadang kala tidak boleh berfikir secara waras, apabila ada teguran dalam ruangan ini yang terkena kepada mereka, maka melentinglah dia sehingga sanggup menghamburkan perkataan yang bukan-bukan kepada Bro yang baik ini.

Bro tak kisah pun nak kata apa sahaja kepada Bro, sebab Bro sudah matang dan bersedia menerima apa sahaja tohmahan, namun Bro harap perempuan ubahlah sikap tidak matang mereka. Buat apa nak marah dengan Bro tetapi marahlah kepada perempuan yang memungkinkan golongan itu dikritik.

Ada sesetengah perempuan tu dalam e-mel mereka kepada Bro, siap maki hamun lagi dan turut mempersoalkan siapa ibu, kakak atau adik perempuan Bro.

Apabila berhadapan dengan situasi ini Bro sikit pun tak terasa, cuma hairan kenapakah di muka bumi Allah ini masih ada insan yang tidak boleh menerima teguran. Bahasa yang Bro gunakan pun bukanlah kasar atau melampaui batas tetapi ‘berlapik’ serta penuh berhemah.

Jadi Bro nak nasihat kepada perempuan, belajarlah terima teguran. Bro tegur perkara yang betul sebab Bro kasihan kepada perempuan yang tidak sedar sendiri, ego atau menghadapi krisis identiti.

Golongan perempuan yang macam itulah yang selalu menyusah dan menjejaskan imej perempuan lain. Kalau rasa tidak mahu terima teguran berpindah ke dalam gua atau hutan, di sana sudah pastilah tiada siapa yang hendak menegur atau mengkritik.

Dengan pesanan itu, Bro hendak nyatakan bahawa Bro akan meneruskan tugas Bro memberikan pandangan, teguran dan kritikan kepada kaum perempuan.

Nak kata apa pun kat Bro, silakan, ia tidak akan menjadi kudis apatah lagi bisul kepada Bro. Niat Bro adalah baik iaitu memastikan perempuan-perempuan yang perasan atau merasakan merekalah yang terbaik tidak memualkan orang lain.

Lagipun terimalah hakikat bahawa perempuan memang pandai berlakon dan bersandiwara, sebab itulah ramai antara mereka akhirnya menjadi mangsa kepada ‘lakonan’ sendiri - JUMPA LAGI.

- Bro Tompok. Kucing Jantan Utusan Rencana 20140323
Tags: perempuan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments