kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Cergas: Kawal tekanan

Teknik senaman berkesan kurangkan ketegangan saraf

Soalan: Saya mengalami tekanan berlebihan, disebabkan tekanan kerja yang tinggi. Bolehkah senaman membantu saya menangani tekanan tersebut? Sharifah Ailie Amin Kuala Kangsar

Jawapan: Lazimnya individu yang bersenam secara berterusan merasakan diri mereka lebih tenang dan mampu melaksanakan tugas dengan penuh sistematik dan bersemangat.

Ketenangan itu dinikmati kerana selepas bersenam apabila mereka dapat merembeskan hormon ‘neurotransmitter, yang mempengaruhi perasaan dan emosi.

Rembesan hormon itu membantu kita berasa lebih baik dan dapat mengawal tekanan secara sempurna.

Walaupun tiada bukti saintifik menyokong teori ini, namun aktiviti sedemikian membuktikan bahawa dengan bersenam kita dapat mengurangkan tekanan dan membantu menenangkan fikiran.

Terdapat empat manfaat senaman yang berterusan dan kerap dapat membantu kita mengawal pelbagai tekanan berlebihan akibat daripada amalan gaya hidup semasa.

1. Senaman kurangkan rasa gementar

Senaman menjadi terapi semula jadi membantu menangani dan merawat masalah ketegangan pada minda. Hanya dengan mengikuti satu sesi senaman, pakar perubatan mendapati terdapat pengurangan ketegangan di dalam otot melalui aktiviti fizikal yang aktif.

Kajian juga mendapati seseorang dapat mengurangkan rasa gugup selepas menjayakan satu sesi senaman.

2. Senaman membuatkan anda lebih rehat dan selesa

Satu sesi senaman boleh menghasilkan 90 sehingga 120 minit tindak balas yang tenang atau rehat selepas bersenam. Sesetengah orang menggelarkan aktiviti itu sebagai kesan ‘endorphin’.

Sebagaimana yang diketahui bahawa terdapat banyak ‘neurotransmitter’ dan bukan sahaja hormon ‘endorphin’ yang terbabit ketika anda menjayakan sesuatu senaman. Hormon ini dapat meningkatkan ketenangan.

3. Senaman membuatkan anda berasa lebih baik terhadap diri sendiri

Cuba anda imbas kembali mengenai keadaan anda selepas melakukan senaman. Bukankah anda berasa lebih baik terhadap diri sendiri. Selepas senaman juga anda rasa lebih yakin. Keyakinan itu menyumbang kepada kelegaan kepada tekanan selain membantu membuat keputusan secara rasional.

4. Senaman meningkatkan selera makan dan anda mengoptimumkan nikmat sajian

Mereka yang bersenam secara kerap akan mengambil makanan lebih berkhasiat. Pengambilan makanan berkhasiat penting supaya tidak merosakkan apa yang telah anda bakar selepas selesai sesi bersenam.

Ini bukan lagi rahsia di mana setiap nutrisi yang bagus membantu tubuh mengawal tekanan berlebihan secara sempurna.

Terdapat pelbagai cara untuk kita menangani tekanan berlebihan, sama ada secara positif atau negatif. Bersenam adalah kaedah positif membantu mengawal tekanan.

Beriadah secara sihat, nikmati kualiti hidup secara berterusan. Pastikan sebelum memulakan senaman, dapatkan nasihat daripada doktor supaya anda dapat bersenam dengan betul berdasarkan keupayaan dan keperluan.


Berita Harian Famili 2014/03/22
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments