kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Jenayah seksual ahli Parlimen gay

BERMULA pertengahan bulan ini, bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, United Kingdom (UK), Nigel Evans telah dibicarakan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap lelaki-lelaki muda termasuk merogol seorang daripada mangsa terbabit.

Evans, 56, yang merupakan ahli Parlimen kawasan Ribble Valley di Lancashire, barat laut England berdepan dengan sembilan pertuduhan jenayah seksual yang didakwa dilakukan antara 2002 dan 2013, membabitkan tujuh pemuda sebagai mangsanya.

Kes terhadapnya melibatkan dua tuduhan melakukan serangan sumbang (indecent assault), enam tuduhan serangan seksual dan satu tuduhan merogol. Evans mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Evans telah membuat pengakuan bahawa dia seorang gay pada 2010, lapan tahun selepas dilantik sebagai ahli Parlimen dari Parti Konservatif di bawah pimpinan Perdana Menteri, David Cameron.

Selepas dihadapkan ke mahkamah pada tahun lalu, dia kemudian menjadi ahli Parlimen Bebas dan dipaksa meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker di Dewan Rakyat.

















Ahli Parlimen Ribble Valley, Nigel Evans menafikan dakwaan melakukan serangan seksual dan 'merogol' pemuda-pemuda ketika sidang akhbar pada Mei tahun lalu - THE INDEPENDENT

Semasa membuka tirai pendakwaan pada awal prosiding perbicaraan pada 10 Mac lalu, pendakwa raya menyatakan, Evans melakukan serangan seksual terhadap pemuda-pemuda terbabit sama ada di bangunan Parlimen mahupun semasa persidangan Parti Konservatif.

Evans didakwa mempunyai ‘keupayaan untuk melonjakkan atau memusnahkan’ karier sesiapa sahaja yang berhasrat bekerja di Westminster dan menggunakan pengaruh ‘sangat berkuasa’ yang dimilikinya untuk menjadikan lelaki-lelaki muda sebagai mangsanya.

Para juri yang bersidang di Mahkamah Diraja Preston di barat laut England diberitahu, ketika melakukan perbuatan kejinya itu, Evans selalunya berada dalam keadaan mabuk.

Pegawai Pendakwa, Mark Heywood memberitahu, Evans melakukan perbuatan itu terhadap lelaki-lelaki muda meskipun telah diberi amaran oleh rakan-rakan partinya agar memberhentikan perbuatan tersebut.

"Tingkah lakunya tidak berlaku sekali tetapi berulang kali dan setelah berkali-kali amaran diberi kepadanya oleh pihak lain.

"(Namun) perbuatannya semakin menjadi-jadi, tidak syak lagi ini disebabkan dia percaya bahawa kedudukannya membuatkan kemungkinan seseorang itu akan membuat aduan adalah terlalu kecil.

"Dalam kejadian berasingan sejak bertahun-tahun lalu, dia telah melakukan serangan seksual terhadap lelaki-lelaki muda, sama ada di tempat awam mahu pun dalam keadaan tertutup.

"Pada awal tahun 2013, dia telah merogol seorang pemuda,’’ kata Heywood.

Pihak pendakwaan menyatakan, satu kejadian serangan seksual itu didakwa berlaku di sebuah bar semasa persidangan Parti Konservatif di Blackpool pada 2003.

Dalam kejadian itu, Evans yang dikatakan dalam keadaan sangat mabuk, berdiri di sebelah pengadu dan ‘tanpa amaran atau sebarang jenis pelawaan’ telah meletakkan tangannya di dalam seluar pemuda terbabit.

Seorang lagi mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah pada 13 Mac lalu menyatakan, dia terjaga selepas mendapati Evans ‘telah meraba seluruh badannya’ ketika dia sedang tidur di sebuah sofa di kediaman Evans pada Julai 2009.

Mahkamah diberitahu, Evans memohon maaf dan mendakwa telah tersilap ‘baca isyarat’ selepas mangsa memberitahu pegawai parti tersebut mengenai kejadian berkenaan.

Ekoran kejadian itu, mesyuarat telah diadakan dengan pegawai atasan Parti Konservatif dan Evans telah diberi amaran tentang tingkah lakunya memandangkan pilihan raya umum akan diadakan pada tahun berikutnya, iaitu 2010.

Namun begitu, dakwa pihak pendakwaan, Evans masih melakukan serangan sumbang dan kemuncaknya, dia didakwa merogol seorang lelaki pada tahun lalu, selepas Parti Konservatif mengambil alih kuasa dalam kerajaan campuran.

"Berikutan itu, pihak pendakwaan mengatakan bahawa dia bukan sahaja mendera lelaki-lelaki muda, malah dalam beberapa kes yang lebih serius, dia telah menyalahgunakan kedudukan yang dimilikinya,’’ tegas Heywood.

AMIRUDDIN HARUN amir.harun@utusan.com.my Utusan Rencana 20140329

Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments