kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Berhenti jadi pengkhianat negara

KEBEBASAN tanpa kawalan merupakan sesuatu kebebasan yang terbabas. Kebebasan bersuara dan media tidak akan sesekali menandakan kebebasan untuk memfitnah dan menyebarkan maklumat palsu. Namun itulah hakikat serta asam garam yang sering menjadi mainan di bibir pihak pembangkang dan berikut antara fitnah yang pernah tersebar.

1. Kenyataan Anwar Ibrahim

Dalam temu bual dengan The Telegraph UK, beliau mendakwa kerajaan menyembunyikan maklumat kritikal. Menurut Anwar sudah 28 hari berlalu tetapi tiada sebarang maklumat pencarian. Sekiranya benar dakwaan Anwar maka adakah Australia dan negara lain yang terlibat dalam pencarian turut menyembunyikan maklumat kritikal seperti yang didakwa? Bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd mengenali Perdana Menteri kita dan mengatakan beliau adalah seorang yang baik dan akan menggunakan setiap sumber yang ada dalam usaha kerajaan mencari MH370. Perdana Menteri Australia Tony Abbott telah mengesahkan bahawa kesimpulan yang dibuat oleh Perdana Menteri kita adalah tepat. Penipuan dan fitnah sebegini terus disebarkan dan menjadi racun kepada mereka yang tidak mahu mencari maklumat dan hakikat sebenar.

2. Kenyataan Biadap Pemimpin DAP

Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek meminta pihak pakatan pembangkang, DAP dan Red Bean Army (RBA) supaya tidak mengeksploitasi isu MH370. Malah beliau mencabar mereka sekiranya mereka juga tidak mampu mencari pesawat MH370 maka mereka harus berdiam diri dan jangan berterusan mempolitikkan isu ini.

Salah seorang pemimpin DAP, Lim Lip Eng pula menyahut kenyataan umum Soi Lek dengan mengatakan kerajaan seharusnya melantik mana-mana pemimpin DAP dan pakatan pembangkang untuk menjadi Komander Tentera Udara dan Laut dan mereka pasti dapat mencarinya. Seorang pemimpin DAP, Kulasegaran pula mengatakan Lip Eng hanya bergurau. Apakah bagi mereka ratusan nyawa yang terlibat dalam peristiwa ini umpama hanya satu lawak jenaka buat pemimpin DAP?

3. RBA Sentiasa Kurang Ajar

Sejak hari pertama isu kehilangan pesawat MH370 bermula, RBA melalui ahli-ahli dan Facebook Page mereka mempolitikkan isu ini dengan cuba mengaitkannya dengan kerajaan dan BN. Setiap video serangan daripada pihak luar dikongsi dan disebarkan oleh mereka secara meluas. Namun begitu, setiap pujian pihak luar terhadap kerajaan atau pemimpin Malaysia dalam isu ini tidak pernah pula disebarkan mereka. Prinsip perjuangan politik mereka dipermudahkan apabila setiap isu tidak baik akan terus dikaitkan dengan kesilapan dan kelemahan UMNO dan BN.

Laman Facebook Page dan individu yang terlibat menyebar serta berkongsi informasi palsu di alam maya seharusnya diambil tindakan dan dimansuhkan serta-merta. Jangan kerana mahu membela RBA maka kedaulatan, keselamatan negara serta nasib jutaan rakyat Malaysia terancam dan hanya menjadi lawak jenaka bagi mereka.

Masing-masing mengeluarkan teori-teori rekaan sendiri dengan niat mungkin untuk menunjuk pandai dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai tulisan mereka itu. Bukan sekadar berspekulasi, ada yang mempersendakan dengan membuat lawak-lawak yang tidak sepatutnya dibuat di saat-saat begini. Mereka ini tidak langsung sensitif kepada keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat.

Hakikatnya, media yang bertanggungjawab ialah media yang menyampaikan berita secara beretika. Yang disampaikan ialah berita, iaitu fakta yang sudah disahkan sebagai betul dan tepat.

Sepatutnya, yang disiarkan bukan spekulasi dan ramalan yang belum tentu sahih atau berasas, jauh sekali kenyataan atau tohmahan yang mengapi-apikan rasa marah atau benci pihak tertentu terhadap pihak lain. Apatah lagi jika laporan mereka boleh menganggu emosi dan menyebabkan tekanan perasaan individu yang berkait dengan artikel tersebut. Ini termasuklah jika berita tersebut boleh menjatuhkan maruah kredibiliti individu atau kerajaan," katanya.



Utusan Rencana 20140406
Tags: dap, politik
Subscribe

  • Taking care of mental health

    Students at my place are now at home after finishing their final semester papers. With the on-going fasting month, many will of course be happy to…

  • Encourage workers to speak up on mental health

    Lately, the urgent need to tackle the growing burden of non-communicable diseases such as diabetes, heart disease and cancer are mentioned.…

  • Is Cannabis Actually Addictive?

    When it comes to drugs like the nicotine, caffeine or even heavier substances such as cocaine or heroin, we know that they are in fact, addictive.…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments