kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Habuan lumayan aksi prestij

Penganjuran sukan ini bukan saja dikagumi berikutan prestij yang dibawanya, malah habuan yang ditawarkan juga tidak kurang lumayan.

1: Liga Juara-Juara AS$65 juta (RM212.4 juta)

Dua puluh tahun lalu, konsep ‘pemburuan tempat keempat’ tidak pernah didengari dalam bola sepak Inggeris. Namun kini, pencapaian itu tidak kurang pentingnya seperti menjuarai liga itu sendiri. Malah ia turut dianggap lubuk emas buat kelab bertanding. Juara bertahan, Bayern Munich membawa pulang AS$65 juta (RM212.4 juta) selepas menewaskan kelab senegara Borussia Dortmund di Wembley, Mei lalu.


PEMAIN Bayern memenangi RM212.4juta selepas muncul juara Liga Juara Juara.

2: Piala Dunia AS$31j (RM101.6j)

Ketepikan dakwaan mengenai penyelewengan dan kesalahan dalam FIFA, penganjuran bola sepak antarabangsa menjadi acara paling dinantikan dan disaksikan lebih 700 juta penonton. Habuan kejayaan juga tidak kurang hebatnya, hasil operasi komersial FIFA bertaraf dunia. Juara bertahan Sepanyol bertekad mempertahankan kejuaraan mereka di Brazil musim panas ini.


PEMAIN Sepanyol meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia 2010.



3: Kejuaraan Eropah AS$29j (RM95.1j)

Ditubuhkan pada 1960 dan hanya membabitkan empat pasukan, Euro semakin berkembang sejak 54 tahun lalu, baik dari aspek skala mahupun kewangan. Euro 2016 yang akan dianjurkan di Perancis dikatakan terbesar setakat ini, berikutan penambahan kepada 24 negara berbanding 16 pada edisi lalu. Sepanyol menjuarainya pada 2012 dan 2008, membolot sejumlah wang hasil usaha mereka.


4: Siri Dunia Besbol AS$19j (RM62.3j)

Acara tumpuan Liga Utama Besbol, Kejohanan Siri Dunia Besbol berusia lebih daripada 100 tahun. Juara terkini adalah Boston Red Sox, yang menewaskan St Louis Cardinals tahun lalu


5: Liga Europa AS$12j (RM39.1j)

Liga Europa, jelmaan semula Piala UEFA, satu kejohanan yang sering dipandang sepi biarpun oleh pasukan yang bertanding. Biarpun ia dianggap sebagai ‘gangguan’ oleh pengurus dan peminat, ganjaran AS$12j (RM39.1j) tidak dipandang sebelah mata.


6: Siri Poker Dunia Sehingga AS$12j (RM39.1j)

Kejohanan Siri Poker Dunia dianjurkan di Las Vegas (di mana lagi?) memberi ganjaran minimum AS$10j (RM32.7j) untuk pemenangnya. Pada 2006, Jamie Gold membawa pulang AS$12j (RM39.1j) atas kejayaan dalam acara utama. Juara ketika ini adalah pemain poker profesional, Ryan Riess.


7: Super Bowl AS$11j (RM38.8j)

Agak mengejutkan bagi sebuah sukan yang mempunyai tontonan ramai dan berjaya dari aspek komersialnya hanya menawarkan AS$11j (RM38.8j) sebagai hadiah kejuaraan meskipun ada pengiklan sanggup membayar sehingga AS$4j (RM13 j) untuk komersial selama 30 saat.


8: Piala FedEx AS$10j (RM32.7j)

Piala FedEx, siri empat kejohanan playoff kali pertama diperkenalkan pada 2007. Juara ketika ini yang turut membawa pulang AS$10j (RM32.7j) adalah pemain golf dari Sweden, Henrik Stenson.


STENSON bersama trofi FedEx dimenanginya.



9: Piala Dunia Dubai AS$10j (RM32.7j)

Bukan sesuatu mengejutkan apabila kejohanan perlumbaan kuda termewah dunia diadakan di Dubai. Ia dianjurkan setiap Sabtu terakhir Mac dan dipertandingkan di Meydan Racecourse bernilai AS$1.25bilion (RM4.07bilion). Kejohanan itu diasaskan pada 1996 oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu yang juga pemerintah Dubai yang memiliki Darley Stud dan Godolphin Racing.


10: Piala Kelab Dunia FIFA AS$5j (RM16.3j)

Kontroversi di England tercetus pada 2000 apabila juara bertahan Piala FA ketika itu Manchester United menarik diri daripada kejohanan itu untuk menyertai edisi sulung Piala Kelab Dunia. Kejohanan itu terus berkembang dan kini dianggap antara gelaran berprestij. Tahun lalu, Bayern Munich muncul juara dengan menewaskan kelab Maghribi, Raja Casablanca.

Tags: sukan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments