kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat ~ Harga Rumah

KETIKA memancing undi di Selangor pada pilihan raya umum, pakatan pembangkang yang kini telah masuk dua penggal membentuk kerajaan negeri, menabur pelbagai janji kepada rakyat negeri itu. Kesemuanya menjanjikan yang terlebih baik.

Oleh kerana menjanjikan perkara-perkara yang sesetengahnya di luar jangkauan, banyak janji yang dibuat tinggal janji. Malah kerajaan negeri memberi dalih dalam beberapa perkara kerana gagal memenuhi manifesto pilihan raya di negeri itu.

Kini diskaun 7 peratus yang sekian lama dinikmati oleh bumiputera dalam pembelian rumah kediaman mampu milik di negeri itu bukan ditambah kadarnya tetapi dihapuskan. Ia melibatkan rumah di bawah Skim Rumah Selangorku. Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR cukup mudah - harga rumah yang ditawarkan kerajaan negeri di bawah skim itu lebih rendah daripada harga pasaran.

Bagi Awang walaupun lebih rendah daripada harga pasaran, pemotongan 7 peratus itu amat bermakna bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Janganlah melihat harga rumah mampu milik itu dari kaca mata orang yang banyak pendapatan! Lebih buruk lagi, bagi Awang, kerajaan negeri Selangor dalam hal ini telah gagal menghayati falsafah pemberian potongan harga kepada bumiputera bagi pembelian hartanah.

Langkah itu, jika tidak ditarik balik, pasti akan menjadi satu lagi hambatan kepada golongan bumiputera berpendapatan rendah di Selangor.

AWANG - Agenda siapa? Utusan Rencana 20140410

Tags: rumah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments