kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat ~ Pakatan

KERAJAAN Pusat telahpun membuka laluan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat. UMNO telahpun menyatakan sokongan terhadap rancangan itu yang akan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Malangnya, sekutu Pas menentang keras. Awang sudahpun menduga hal itu akan terjadi; dan percaya ramai tidak terkejut dengan gelagat DAP dan PKR, sekutu Pas itu.

Tony Pua, Ketua Publisiti DAP dilaporkan berkata, parti itu dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang tersebut. Beliau tampil selepas bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh secara lantang minggu lepas mengingatkan Parlimen supaya jangan membenarkan usul tersebut diluluskan.

PKR pula menerusi Naib Presidennya, N. Surendran mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang secara terbuka mengumumkan tidak akan melaksanakan hudud kecuali memperoleh persetujuan semua pihak dalam pakatan itu.

Jelas sekali, tindakan Pas berpakat de­ngan PKR dan DAP tidak akan ke mana. Kes ini menjadi bukti amat jelas betapa DAP dan PKR hanya mahu menggunakan Pas untuk mencapai cita-cita politik iaitu me­­nang sebanyak mungkin kerusi dalam pilihan raya. Dasar perjuangan Pas tiada dalam kamus perjuangan mereka. Itu yang pasti.

Dalam hal rang undang-undang ini, Awang nampak dugaan awal ialah bagaimana Pas mahu mendapatkan sokongan sekutunya.

Oleh itu, ahli-ahli Pas perlulah membuka mata, lihat betapa longgarnya ikatan Pas-DAP-PKR. Buatlah penilaian semula.

AWANG - Tunggu dan lihat. Utusan Rencana 20140411

Tags: politik
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments