kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat ~ Dadah

DALAM tempoh dua hari, Isnin dan Selasa lepas, pihak berkuasa merampas dadah dalam dua kes berskala besar - 66.7 kilogram syabu di gudang kargo KLIA; dan 350 botol berisi heroin serta 199,791 biji pil kuda di Rantau Panjang, Kelantan. Kesemuanya bernilai RM18.4 juta di pasaran gelap.

Dua kes itu menunjukkan negara kita terus terdedah kepada pengedaran masuk dadah sama ada di jalan darat mahupun menerusi pengangkutan udara. Sama ada bahan-bahan terlarang itu untuk pasaran domestik ataupun untuk pasaran negara ketiga yakni Malaysia menjadi negara transit, bahana yang dibawa cukup besar.

Jika gagal dihalang, dadah sejumlah itu boleh merosakkan ramai orang sekali gus melumpuhkan sejumlah besar tenaga kerja. Itu belum lagi mengambil kira kesan ke atas sosioekonomi dan pembangunan.

Justeru Awang mahu mengucapkan tahniah kepada pasukan polis dan kastam yang terlibat dalam rampasan terbabit. Tahap kewaspadaan pihak-pihak berkuasa berkaitan dalam menyekat dan melumpuhkan rangkaian penyeludupan dadah rentas sempadan amat perlu memandangkan pelbagai taktik diguna pakai termasuk membuat pengisytiharan palsu bagi barangan yang dibawa masuk menerusi saluran sah.

Awang yakin keberkesanan pihak berkuasa mengekang kemasukan dadah sama ada melalui jalan darat dan sebagainya pasti merencatkan jalinan pengedaran dadah. Namun tahap kesedaran awam terhadap bahaya dadah suatu keperluan lain yang mahu tidak mahu perlu wujud. Tahap kesedaran tersebut pasti akan mengurangkan kadar permintaan domestik terhadap dadah.

Apa yang pasti, dadah perlu diperangi oleh semua pihak termasuk orang ramai.

AWANG - Benci dadah! Utusan Rencana 20140412

Tags: dadah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments