kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Motosikal besar, kereta mewah dan pokok ekonomi Melayu

TAJUK di atas sinonim dengan masyarakat Melayu sebaya saya yang gemarkan kereta mewah BMW, Honda, Alphard dan juga motosikal berkuasa tinggi.

Muda-muda lagi sudah berjaya dan bergaya. Hanya Alhamdulillah mampu saya ucapkan selain tum­pang gembira kerana dunia saya tidak setanding mereka. Gembira kerana rakan sudah maju dan se­nang, sedih kerana ekonomi Melayu masih belum kukuh seperti pokok sebaliknya goyah seperti lalang.

Kebanyakan peniaga yang saya jumpa lebih berusia dari saya masih terkial-kial seperti saya. Kesedaran untuk berniaga atau membina pokok emas lambat datang pada mereka. Dengan makan gaji seperti mengutip buah yang gugur, akhirnya pekerjaan mereka digantikan orang lain barulah mereka sedar, mereka hanya me­numpang teduh di bawah pokok milik orang lain.

Seharusnya orang Melayu me­ngukuhkan ekonominya dengan berniaga dan mengelakkan dari kebergantungan terhadap majikan, makan gaji dan simpanan semata. Binalah pokok yang teguh yang mengeluarkan hasil yang lumayan dan berbelanjalah dengan hasil tersebut bukan pokok.

Dengan duit yang dibelanjakan untuk kereta mencecah ratusan ribu ke jutaan, wajib bagi Melayu mengikut cara kaum Cina yang hanya berkereta Proton dalam mengukuhkan pokok ekonomi mereka terlebih dahulu.

Berikut adalah fakta. Jumlah orang Cina yang mempunyai simpanan tunai RM1,000,000 adalah dalam nisbah 100 kepada 1 dengan Melayu.

Semoga ramailah Eksekutif Muda Melayu yang berkereta mewah dan bermotosikal besar sedar dan mula mengorak langkah membina pokok yang teguh agar ramai anak bangsa dapat tumpang berteduh.

Mustaqim Abdul Rahman Utusan/Forum/20140414

Tags: ekonomi, gaji, melayu, pendapatan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments