kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Apabila bekerja 20 tahun pun gaji tidak cukup!

APALAH yang hendak dihairankan sangat dengan lepasan universiti yang bergaji RM2,500 sebulan tetapi masih tidak cukup makan. Yang sudah bekerja lama yang bergaji RM4,000 ke atas pun ramai yang tidak cukup-cukup makan juga!



Itu kata seorang kawan apabila mengulas kajian oleh Job.Street.com bahawa kebanyakan siswazah yang baru mendapatkan pekerjaan di negara ini berdepan kesukaran untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat dengan gaji bulanan sebanyak RM2,500 sebulan.

Itu yang dapat gaji RM2,500 sebulan, mereka yang baru keluar dari universiti ini yang menerima gaji di bawah jumlah tersebut pun ramai.

Maka agaknya, pesan orang tua-tua dulu, belajarlah tinggi-tinggi, nanti boleh dapat gaji besar, tidaklah boleh dipakai sangat di zaman ini.

Dalam kajian syarikat pengambilan kerja itu, yang melibatkan responden 2,062 orang, 77 peratus daripada mereka mengadu tidak cukup baki wang untuk simpanan kerana dihabiskan untuk per­belanjaan keperluan.

Sebanyak 63 peratus menjelaskan perbelanjaan keperluan itu adalah pinjaman kereta dan pendidikan serta kos pengangkutan yang meningkat ekoran kenaikan harga petrol.

Memang, kita tidak boleh menyalahkan anak-anak muda ini, jika duit mereka tidak cukup. Dan kita juga tidak boleh terus menuduh bahawa golongan ini suka boros, menghabiskan duit dengan berhibur, membeli pakaian berjenama atau gajet terkini. Bukan semua begitu.

Kerana golongan yang tidak boros termasuk yang sudah lama bekerja dan telah berkeluarga pun sering juga tidak cukup duit untuk menampung perbelanjaan harian. Hakikatnya, mereka ini tidak ada duit untuk diboroskan!

Apa yang berlaku ini bukan sekadar mengaitkannya dengan faktor kenaikan harga minyak, barangan keperluan seperti makanan dan juga melibatkan sama kenaikan kos perkhidmatan tertentu.

Syarikat-syarikat swasta terutamanya yang menggajikan pekerja pada upah yang rendah adalah antara penyumbangnya. Dikatakan gaji permulaan yang ditawarkan kepada siswazah ketika ini lebih rendah berbanding negara-negara maju. Maka Malaysia yang belum mencapai negara maju, permulaan gaji RM2,000 hingga RM2,500 dikatakan sudah mencukupi.

Tetapi tak akanlah kita hanya mahu bersandarkan kepada fakta itu, untuk kita tidak menaikkan kadar upah pekerja di negara ini. Tak akan kita mahu menunggu negara ini maju, baru skil gaji pelbagai peringkat ini mahu dirombak semuanya.

Lihat sajalah kepada cabaran sekeliling terutama kos sara hidup meningkat, harga upah mengikut pasaran ini sepatutnya dinaikkan mengikut faktor semasa. Apatah lagi kita kini sedang menuju negara berpendapatan tinggi. Jika kuasa beli rakyat menurun dan bebanan hutang isi rumah meningkat, apakah status itu memberi apa-apa makna kepada rakyat?

Di kala sektor kerajaan diumumkan menerima kenaikan gaji, tetapi sektor swasta begitulah juga, dengan skil gaji lapuk yang bagaikan hendak berperang untuk dikemaskini dan tidak mengambil kira kos sara hidup yang kian meningkat. Penyudahnya, walau apa pun berlaku, gaji banyak itulah juga.

Kebanyakan syarikat swasta memberi kenaikan yang lebih sedikit berdasarkan kecemerlangan. Tetapi yang cemerlang pun tidak tentu boleh naik gajinya jika syarikat asyik mengambil langkah penjimatan.

Apatah lagi, dengan langkah-langkah penjimatan yang tidak masuk akal misalnya tidak pasal-pasal memotong kos perubatan. Yang tertekan, tentulah pekerja-pekerja ini yang bukan saja melibatkan pekerja baru keluar universiti, malah yang sudah bekerja lama dan berkeluarga besar.

Maka tidak hairanlah, apabila ramai yang bijak pandai ini turut terjebak dan tertipu dengan skim cepat kaya.

Sebabnya, selain memikirkan mahu kaya cepat, 20 tahun mereka bekerja pun belum tentu boleh kaya atau mendapat wang seperti yang dijanjikan oleh skim cepat kaya berkenaan.



Fauziah Arof Utusan Rencana 20140416
Tags: gaji
Subscribe

  • Kisoh Igak Ikang

    Doh wak gane ni orrrkk , kisoh petang ning lepah ' minung bir' .... bace deh ... kawang daghi ganu ato ... jangang maghoh ke ambe plok ...…

  • Kursus Bahasa Untuk Penerbangan ~ Loghat Perthliess (Abi)

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sat lagi kita nak mendaghat di Lapangian Teghebiang Cupin Tali pinggiang tu tulung pakai takut nye pelantin pi depan sat…

  • Taking care of mental health

    Students at my place are now at home after finishing their final semester papers. With the on-going fasting month, many will of course be happy to…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments