kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Hanya 117 graduan lepasan maktab perguruan belum mendapat pekerjaan

KUALA LUMPUR 24 April - Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P. Kamalanathan berkata, hanya 117 graduan lepasan maktab perguruan di negara ini belum ditawarkan penempatan kerana gagal temuduga, dan tidak diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP).

Beliau berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 6,917 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perguruan tahun lepas.

Sehingga awal bulan ini 6,800 graduan dilantik untuk jawatan tetap secara berperingkat-peringkat oleh SPP untuk mengajar di seluruh sekolah di negara ini, katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator S. Nallakaruppan yang ingin tahu jumlah graduan lepasan maktab perguruan yang belum mendapat penempatan sekolah seperti yang dijanjikan.

"Berdasarkan Pekeliling SPP Bilangan 2 (2013), mereka yang gagal temu duga dibenarkan memohon semula selepas enam bulan dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan melalui portal Jobs Malaysia," katanya.

"Namun, mereka perlu bersaing secara kompetitif dengan graduan keluaran semasa termasuk graduan perguruan lepasan institut pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengisi jawatan yang terhad," katanya. - BERNAMA Utusan Dalam Negeri 20140424

Tags: guru, ipg
Subscribe

  • Minuman manakah yang terbaik untuk penghidratan?

    Apabila anda dahaga dan memerlukan minuman, minuman manakah yang terbaik untuk memastikan anda terhidrat ? Pasti, anda sentiasa boleh…

  • Menghormati Hari Ibu

    Hari Ibu ialah percutian menghormati keibuan yang disambut dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu 2023 akan…

  • Mencari IKIGAI Anda

    Kita semua pernah mendengar pepatah, "Ikuti keghairahan anda," bukan? Baiklah, di sini adalah untuk memberitahu anda bahawa ia tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments