Hari Pekerja pada 1 Mei ini sebenarnya ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari. Sekitar tahun 1800 pekerja industri di Britain telah merungut kerana dikenakan waktu bekerja yang lama dan keadaan bekerja yang amat menyedihkan. Tetapi pada masa ini tiada gerakan yang dianggap drastik telah dilakukan.
Walau bagaimanapun, gerakan ini telah merebak ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang berasaskan industri pada masa itu seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
Inspirasi awal Hari Pekerja ini sebenarnya bermula di Australia. Para pekerja di negara itu mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk cuti sehari suntuk supaya dapat mengadakan mesyuarat dan hiburan sebagai salah satu gerakan demonstrasi menuntut bekerja selama lapan jam sehari. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April.
Jemput kongsi maklumat ini di Facebook
Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856.Tetapi perayaan pertama ini membawa impak yang kuat pada golongan pekerja di Australia lalu menghidupkan mereka serta membawa pemberontakan baru, menyebabkan keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Kemudian “Waktu Bekerja Selama Lapan Jam” telah menjadi agenda utama perjuangan oleh International Workingmen’s Association yang memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866 dan membuat peristyharan iaitu:
“Hak hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja terbukti separuh jalan dan Kongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai limit sah bagi hari kerja.”
Perjuangan ini terus berkembang apabila beberapa kesatuan sekerja di beberapa negara telah menjadi sayap politik yang kuat. Berilhamkan kemenangan Parti Buruh semasa pilihanraya di Kanada pada tahun 1872, maka Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Amerika Syarikat telah melancarkan mogok dan demontrasi pada tahun 1884 dengan menggunakan slogan-
“Lapan jam kerja,Lapan jam berekreasi,Lapan jam berehat.”
Gerakan mereka telah menemui kejayaan apabila di Amerika Syarikat, waktu bekerja selama lapan jam sehari telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886. Tarikh ini menjadi asas kepada Hari Pekerja Sedunia termasuklah negara kita Malaysia.
Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh Malaysia pada hari ini merupakan kali yang ke-29 dalam sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.
Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.
Kini anda telah tahukan sejarah bermulanya waktu bekerja lapan jam sehari. Adakah anda benar-benar bekerja selama lapan jam sehari dengan mengambil kira faktor rehat yang terlebih, waktu ke tandas atau lain-lain aktiviti yang tiada kaitan tugasan anda? Fikirkanlah.z
Aktiviti Hari Ini ....
Sumber : https://inaiputih.wordpress.com/2011/04/25/hari-pekerja-1-mei-dan-gaji-sejam-anda-di-malaysia/