kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Obama yang jarang diketahui

RAMAI daripada kita sudah pasti mengetahui bahawa Barack Obama yang melawat Malaysia selama tiga hari bermula Sabtu lalu adalah Presiden Amerika Syarikat (AS) berkulit hitam yang pertama.

Kita juga tahu beliau boleh menyebut beberapa patah perkataan dalam bahasa Melayu berikutan latar belakangnya yang pernah menetap dan bersekolah di Indonesia selama empat tahun.

Bagaimanapun, banyak lagi sisi lain individu yang menjadi Presiden AS ke-44 yang jarang diketahui kita.

* PENAMPILAN FIZIKAL

Beliau termasuk di kalangan segelintir Presiden AS yang kidal. Presiden berusia 52 tahun juga sentiasa tampil dengan rambut pendek yang dikenali sebagai gaya Obama.

Gaya yang membawa ‘imej muda dan gembira’ adalah hasil cetusan idea tukang gunting dari Chicago, Zariff yang telah menggunting rambut beliau sejak lebih 10 tahun lalu dengan kadar sama iaitu AS$21 (RM69).

* KEGEMARAN

Obama suka membaca buku antaranya buku cerita Harry Potter dan ketika zaman kanak-kanak, buku yang disukainya bertajuk Where the Wild Things Are.

Beliau juga mempunyai hobi mengumpul komik Spider-Man dan Conan the Barbarian serta memelihara seekor anjing bernama, Bo.

Rancangan televisyen yang disukainya adalah Homeland dan The Wire manakala artis diminati ialah Rolling Stones, Jay Z dan Stevie Wonder.

Hawaii adalah kawasan percutian yang sering dikunjunginya. Obama juga pernah menceritakan, ketika menetap di Indonesia beliau suka bermain layang-layang, berlari di sawah padi dan menangkap pepatung.

* SUKAN BOLA KERANJANG

Bola keranjang adalah sukan yang paling disukainya dan sepanjang kempen pilihan raya presiden beliau banyak melibatkan diri dalam permainan itu sama ada dengan rakyat biasa, pelajar mahupun anggota tentera.

Kehebatannya bermain bola keranjang ketika di sekolah tinggi menyebabkannya digelar ‘O'Bomber’ oleh rakan-rakan.

* GAJET

Jam tangan yang dipakai Obama sekarang adalah daripada jenama Jorg Gray 6500 yang berwarna hitam dengan tali kulit kerbau serta mempunyai logo Perkhidmatan Rahsia AS.

Sebelum menjadi Presiden, beliau juga sering dilihat memakai jam tangan jenis TAG-Heuer 1500.

Telefon bimbit yang diguna oleh Obama adalah BlackBerry Curve 8300 dan Curve 8900. Komputer riba pula adalah jenis MacBook Pro dan Dell Latitude E6420 serta turut memiliki iPad 3.

Untuk berkomunikasi dari pejabatnya termasuk dengan pemimpin dunia lain beliau menggunakan telefon talian tetap Cisco Unified IP Phone 7965G dan jika komunikasi sulit, beliau menggunakan telefon talian tetap, Telecore IST-2.

* MENJADI JUTAWAN HASIL JUALAN BUKU

Sebelum menjadi Presiden AS, Obama sudah dikategorikan sebagai seorang jutawan hasil royalti dua bukunya.

Buku memoirnya bertajuk Dreams from My Father membolehkannya menerima royalti AS$5 juta (RM16.4 juta) dan Audacity of Hope mengenai kisahnya bertanding untuk menjadi Presiden AS mendapat royalti sebanyak AS$1 juta (RM3.2 juta).

Buku-buku tersebut yang turut dikeluarkan dalam versi audio telah membolehkannya memenangi Anugerah Grammy untuk album suara terbaik sebanyak dua kali pada 2006 dan 2008.

* KERETA DAN KAPAL TERBANG

Obama kini menggunakan kenderaan rasmi digelar The Beast yang kalis peluru. Kereta yang direka bentuk dan dikeluarkan oleh General Motors pada 2009 itu juga kalis serangan gas dan biokimia serta boleh bergerak walaupun tayar pancit.

Sebelum menjadi Presiden, beliau mempunyai beberapa kereta termasuk Ford Escape Hybrid dan Chrysler 300C.

Kapal terbang Air Force One yang digunanya pula adalah daripada jenis Boeing 747-200B. Pesawat tiga tingkat itu dilengkapi dengan puluhan telefon, radio dua hala, kemudahan komunikasi satelit, Internet dan 24 saluran televisyen.

Ia juga mempunyai dinding yang mampu menahan gelombang elektro­magnetik yang dihasilkan letupan bom nuklear.

* RUMAH

Selain menetap di kediaman rasmi di White House di Washington, Obama juga mempunyai vila mewah setinggi dua tingkat bernilai AS$2 juta (RM6.5 juta) di Kenwood, Chicago, Illinois.

Rumah yang dibelinya pada 2005 mempunyai enam bilik tidur dan enam tandas. Antara jiran Obama ialah legenda tinju dunia, Muhammad Ali.



NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my Utusan/Rencana/20140503
Subscribe

  • Politik , Politicking

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Membaca Terlalu Banyak Berita Politik

    Mengamati dan taksub akan isu politik boleh membahayakan kesejahteraan, kebahagiaan dan hubungan anda Tak kira ketika musim pilihan raya atau…

  • Fitnah dan Memburukan

    Minta maaf atau sedia di saman , minta maaf atau jumpa di mahkamah sudah menjadi ‘bahasa pertuturan’ kegemaran masa kini baik kepada…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments