kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Politik Istana Segambut

PADA pemilihan PKR yang lepas terdapat sebanyak 160 aduan rasmi daripada ahli dan pemimpin PKR sendiri kepada jawatankuasa pemilihan parti PKR. Sehingga hari ini tiada sebarang kesimpulan dan susulan tindakan daripada aduan yang lepas.



Sekiranya PKR sendiri tidak dapat menjamin kesuburan demokrasi dan ketelusan dalam pemilihan parti mereka sendiri maka siapa mereka untuk terus mempersoalkan demokrasi dan ketelusan sistem pilihan raya di negara kita? Mereka perlu terlebih dahulu mengubah diri sendiri sebelum berhasrat untuk mengubah orang lain. Statistik angka 160 aduan pemilihan parti sudah boleh direkodkan sebagai pemilihan parti politik yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.

UMNO dan Barisan Nasional Lahirkan Bakat Pemimpin Terkemuka PKR

Pakatan Rakyat sering kali suka menjerit slogan ABU (Asalkan Bukan UMNO) dan mencipta permainan persepsi politik bahawa segala-galanya yang tidak baik berlaku dalam negara kita adalah salah UMNO. Rakyat Malaysia perlu diingatkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri merupakan pemimpin UMNO selama 16 tahun (1982-1998). Di samping itu, kesemua calon Timbalan Pengerusi PKR 2014 memiliki asal usul UMNO baik Azmin Ali, Saifuddin Nasution ataupun Tan Sri Khalid Ibrahim.

Persoalannya, jika masyarakat pada hari ini suka sangat untuk mengagung-agungkan pemimpin PKR maka mengapa pula mereka mahu membeli pakaian daripada reject shop (PKR) sedangkan mereka boleh mendapatkannya daripada pengeluar utama (UMNO)?

Pemilihan PKR 2014

Segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap SPR dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kini sudah menjadi realiti dalam pemilihan mereka sendiri. Sehingga hari ini PKR gagal untuk membuktikan terdapatnya isu black out, pengundi hantu dan Bangladesh yang disebarkan oleh mereka. Namun begitu, pemimpin, ahli dan jawatankuasa pemilihan PKR sendiri kini mengesahkan terdapatnya black out, pengundi hantu dan kepincangan dalam pemilihan parti mereka. Banyak laporan cuba mengaitkan masalah penyelewengan pemilihan kali ini dengan Azmin. Jika dalam isu kes liwat Anwar, isu yang dibangkitkan ialah Tampering DNA maka kini isunya ialah Vote Tampering dalam pemilihan mereka.

Namun begitu, saya memiliki analisis yang berbeza dalam krisis pemilihan terbaharu yang melanda PKR. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Azmin tidak lagi mendapat sokongan daripada ‘ahli istana Segambut’ dalam pemilihan kali ini. Tindakan awal Anwar untuk bertanding jawatan no. 1 parti adalah satu langkah untuk menyekat kemaraan kuasa dan pengaruh Azmin. Sekatan halus ini akhirnya menyebabkan Azmin terpaksa berlawan dalam posisi no. 2 parti.

Anwar pula mencaturkan anak perempuannya (Nurul Izzah) dan anak didik baharunya (Rafizi Ramli) untuk membantu Saifuddin berdepan dengan Azmin. Hal ini disebabkan Saifuddin dilihat sebagai seorang yang lebih mudah dikawal berbanding Azmin dan Khalid yang memiliki pengaruh tersendiri dalam parti.

Malangnya, strategi dan rancangan awal Anwar dan Rafizi kini tidak bergerak seperti mana yang diharapkan oleh mereka. Kebangkitan Azmin kini jauh meninggalkan dua lagi calon dalam pemilihan kali ini apabila keputusan terkini menunjukkan Azmin selesa di hadapan dengan 5,111 undi dan diikuti Saifuddin sebanyak 2,322 undi. Khalid pula mendapat 2,228 undi. Sekiranya undi Khalid dan Saifuddin bergabung (4,610) maka angka ini masih lagi jauh di belakang Azmin.

Keadaan ini menyebabkan terdapat pihak yang berkuasa dalam PKR, cuba untuk menjadi dalang masalah pemilihan PKR dan akhirnya dikaitkan dengan Azmin. Strategi ini untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Azmin dalam pemilihan parti yang masih lagi belum bermula di lapan negeri lain.

Kedua, sekiranya pada hampir pengakhiran pemilihan rancangan ini gagal, maka mereka mungkin akan menggunakan jawatankuasa pemilihan parti dengan alasan penipuan pemilihan untuk membatalkan kelayakan Azmin untuk posisi no. 2 dalam parti. Strategi yang sama digunakan sebagai alasan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional pada PRU-13.

Keluarga Anwar dan Istana Segambut Hilang Kuasa?

Analisis awal ini jelas menunjukkan lebih daripada 75 peratus (Azmin - 5,111 dan Khalid 2,228 ) ahli PKR sendiri tidak menyokong calon yang direstui oleh Istana Segambut. Adakah keluarga Anwar dan Istana Segambut semakin hilang cengkaman kuasa, sokongan, pengaruh dan populariti mereka dalam parti?

Adakah ramalan pakar feng shui Cina yang dilaporkan oleh China Press pada tahun 2012 semakin menjadi realiti? Pada tahun 2012, China Press menulis tentang telahan pakar feng shui yang meramalkan Anwar, 67, pada penghujung usianya ditinggalkan kawan-kawannya dan hidup kesepian keseorangan.


SHEN YEE AUN Utusan Rencana 20140504
Tags: pkr
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments