kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pelan baharu guna tenaga swasta

Kunta Kinte dah banyak kali cakap, macam mana ada dasar, rancangan dan projek ekonomi yang baik dan bawa hasil besar entah pasal apa diberhentikan atau tak dibagi keutamaan lagi.

Kunta Kinte fahamlah kalau ada dasar yang terpaksa diberhentikan atau digantung sebab ekonomi alami masalah atau kemerosotan, sama ada kerana punca dalam atau luar.

Misalnya bila negara kita ditimpa krisis kewangan Asia pada tahun 1997/98. Pada mulanya kita gantung Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA). Akta ini adalah sebahagian daripada cara kita cuba susun semula masyarakat bawah Dasar Ekonomi Baru.

Undang-undang itu, antara lain, tentukan syarat penyertaan Bumiputera dalam syarikat dan projek perindustrian yang melepasi had modal dan guna tenaga tertentu.

Bagi syarikat atau projek yang tertakluk bawah ICA, Bumiputera disyaratkan miliki sekurang-kurangnya 30 peratus modal dan diambil bekerja.

Kunta Kinte ingat lagi bila Kunta Kinte bekerja dengan surat khabar Business Times, salah satu tugas luar bidang Kunta Kinte adalah isi borang laporan mengenai guna tenaga oleh majikan Kunta Kinte untuk dihantar kepada kerajaan.

Hapus identiti bangsa, kaum

Tujuan utama akta itu adalah untuk hapuskan identiti bangsa dan kaum di negara kita dengan kegiatan ekonomi, contohnya Bumiputera dengan pertanian, Cina dengan perniagaan dan India dengan perburuhan. Dari segi lokasi pula Bumiputera di kampung, Cina di bandar dan India di estet.

Pada pandangan banyak pihak yang faham ekonomi, penggantungan dan seterusnya penghapusan akta itu telah bantutkan usaha susun semula sektor perindustrian. Penyertaan modal dan guna tenaga Bumiputera dalam syarikat dan projek bukan Bumiputera tak dibagi keutamaan lagi. Ada yang kata, balik semula ke zaman belum DEB.

Kunta Kinte pun dah banyak kali kata, kalau kerajaan sungguh-sungguh nak bantu penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta, sama ada dari segi modal atau guna tenaga, kerajaan wajib dapatkan kerjasama syarikat-syarikat swasta yang umumnya dikuasai oleh bukan Bumiputera.

Secara rambang, kita dah tahu yang banyak syarikat dan majikan bukan Bumiputera tak berminat ambil pekerja Bumiputera, malah ada yang kenakan syarat yang sekali gus halang kemasukan pekerja Bumiputera, misalnya pemohon mesti fasih bahasa Mandarin. Beberapa kaji selidik bebas oleh penyelidik Melayu dan Cina sahkan hal ini.

Jadi, Kunta Kinte gembira bila Kunta Kinte baca surat khabar kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, baru-baru ini panggil lebih 40 tauke dan pengurus syarikat-syarikat raksasa bukan Bumiputera untuk bincang hal ini.


Tambah pekerja wanita

Daripada apa yang Kunta Kinte faham, kerajaan mahu syarikat swasta wujudkan dasar dan program untuk tambah bilangan pekerja wanita, pekerja muda dan pekerja berbagai-bagai kaum dalam jawatan utama dan penting.

Kunta Kinte sangat setuju dengan kenyataan Mohd Najib yang kenakan syarat agar syarikat-syarikat yang diniagakan di Bursa Malaysia buat laporan secara lestari berkenaan guna tenaga, dengan nyatakan kaum, jantina dan umur dalam laporan tahunan mereka.

Baguslah kalau kerajaan dah secara tegas dan terbuka nak kaitkan guna tenaga dalam sektor dengan dasar keterangkuman yang jadi teras kepada Model Baru Ekonomi. Kita pun tahu, boleh kata lebih 80 peratus syarikat di Bursa Malaysia dikuasai oleh bukan Bumiputera.

Tapi Bumiputera pun kenalah bersedia buktikan yang mereka boleh jadi pekerja, pengurus dan pengarah yang sama baik dan tekun dengan bukan Bumiputera. Kalau lebih baik dan lebih tekun lagi cun.

Sia-sialah kerajaan bagi macam-macam lesen, projek, francais dan pinjaman berbilion ringgit kepada usahawan bukan Bumiputera kalau mereka abaikan kaum majoriti kaum Bumiputera.

Amalan ini tidak adil dan bahaya. Jadi kita semua wajib pantau supaya janji jangan sekali lagi tinggal

Berita Harian Rencana Kolumnis 2014/05/04 - 17:25:35 PM Kunta Kinte
Tags: kaum, pekerja
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments