kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

100 bilionair diami UK

Britain kini menjadi negara terkaya di dunia apabila lebih daripada 100 bilionair mendiami sekitar United Kingdom (UK).

Perkara itu didedahkan baru-baru ini apabila 104 bilionair menjadikan Britain sebagai tempat bermastautin dengan jumlah kekayaan lebih RM1,645 bilion.

Ini bermakna, UK mempunyai lebih dari seorang bilionair berbanding negara lain.

Sebahagian besar di antara mereka mempunyai rumah di London. Ini bermakna, jumlah bilionair dicatatkan di bandar itu lebih banyak berbanding New York dan Moscow.


SRI dan Gopi Hinduja dinamakan pasangan paling kaya di Britain oleh Senarai Jutawan Sunday Times 2014.

London dianggap pusat tumpuan kelompok kaya-raya yang kini mencakupi 72 bilionair - meliputi 10 peratus daripada jutawan di dunia.


Moscow di kedudukan kedua dengan 48 bilionair, diikuti New York (43), San Francisco, Los Angeles dan Hong Kong.

Tetapi menurut senarai bilionair yang dikeluarkan Sunday Times, hanya satu pertiga daripada jumlah itu dari Britain.

Adik-beradik kelahiran India, Srichand dan Gopichand Hinduja menduduki senarai terkaya teratas di UK dengan gabungan mengumpul RM65 bilion hasil daripada konglomerat global mereka.

Ia diikuti dengan oligarki dan hartawan antarabangsa yang membuat keuntungan menerusi aluminium, minyak dan arang batu serta pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich.


EMILIK Chelsea, Roman Abramovich bersama teman wanitanya Daria Zhukova.


Pemegang saham Arsenal, Alisher Usmanov dan pemegang amanah Queens Park Rangers serta hartawan keluli dari India, Lakshmi Mittal turut tersenarai.

Satu-satunya jutawan British dalam senarai itu ialah Duke of Westminster di tempat ke-10 dengan kekayaan berjumlah RM47 bilion.

Reputasi Britain sebagai ibu negara kewangan dan kaitannya dengan percukaian yang agak rendah dianggap sebagai kredit untuk menarik penduduk bukan luar melabur dalam hartanah di London.

Negara terbabit kini mempunyai seorang bilionair bagi setiap 607,692 penduduk, berbanding seorang bilionair bagi setiap 1,022,475 penduduk di Amerika Syarikat.

Tidak seperti Amerika Syarikat, Britain tidak mengenakan cukai kepada penduduk luar mengikut global kekayaan mereka kerana mereka hanya membayar cukai ke atas pendapatan yang diperoleh di UK.


AHLI perniagaan Perancis, Francois Henri Pinault ditemani isterinya Salma Hayek.

Ketua empayar fesyen Gucci, Francois-Henri Pinault berpindah dari Perancis ke London bersama isterinya yang juga pelakon, Salma Hayek selepas kerajaan Perancis mengenakan 75 peratus kadar cukai ke atas golongan terkaya di negara terbabit.

Meskipun begitu, mereka menafikan hal terbabit sebagai punca perpindahan.


JUTAWAN Russia, Alisher Usmanov dan isterinya tiba untuk majlis pembukaan semula Teater Bolshoi di Moscow.

Britain mempunyai bilangan bilionair lebih daripada tiga kali ganda dalam satu dekad.

PEMILIK Newcastle United dan pengasas Sports Direct, Mike Ashley berada di tempat ke 23 dalam senarai.

Jumlah kekayaan mereka kini mengatasi tahap pra kemelesetan tahun 2008 apabila kekayaan 75 jutawan di UK bernilai RM1,099 bilion.

Antara kelahiran British yang tersenarai dalam kelab bilionair ialah produser West End, Sir Cameron Mackintosh yang menikmati peningkatan kekayaannya sehingga RM5.47 bilion tahun lalu.


INFO

1. Sri dan Gopi Hinduja -
RM64.65 bilion
2. Alisher Usmanov - RM57.86 bilion
3. Lakshmi Mittal dan keluarga - RM55.68 bilion
4. Len Blavatnik - RM54.33 bilion
5. Ernesto dan Kirsty Bertarelli - RM52.97 bilion
6. John Fredriksen dan keluarga - RM50.25 bilion
7. David dan Simon Reuben - RM48.89 bilion
8. Kirsten dan Jorn Rausing - RM47.81 bilion
9. Roman Abramovich - RM46.29 bilion
10. The Duke of Westminster - RM46.18 bilion
11. Galen, Hilary dan George Weston dan keluarga - RM39.66 bilion
12. Charlene de Carvalho-Heineken dan Michel de Carvalho - RM34.58 bilion
13. Mohamed Bin Issa Al Jaber dan keluarga - RM33.46 bilion
14. Carrie dan Francois Perrodo dan keluarga - RM33.36 bilion
15. German Khan - RMRM33.03 bilion
16. Sir David dan Sir Frederick Barclay - RM32.6 biilion
17. Hans Rausing dan keluarga - RM32.05 bilion
18. Nicky Oppenheimer dan keluarga - RM24.83 bilion
19. Earl Cadogan dan keluarga - RM22.82 bilion
20. Joseph Lau dan keluarga - RM21.89 bilion
21. Sir Philip dan Lady Green - RM21.08 bilion
22. Denis O’Brien - RM20.94 bilion
23. Mike Ashley - RM20.37 bilion
24. Sir Richard Branson dan keluarga - RM19.56 bilion
25. Idan Ofer - RM18.63 bilion

Siti Salmiah A Hamid myMetro Nuansa 2014/05/16
Tags: millionaire
Subscribe

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • What students need to know

    Unwrapping standard is a simple strategy for teachers to identify the skills and content knowledge needed in a lesson to ensure students are…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments