kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

7 herba tradisional untuk awet muda

Selama berkurun-kurun lamanya, herba adalah bahan utama digunakan wanita untuk mencantikkan tubuh dan wajah.

Ia terus diamalkan dan diwarisi sehingga kini menjadi satu khazanah yang bernilai untuk kecantikan wanita.

Namun akibat kebanjiran pelbagai produk kecantikan daripada syarikat kosmetik, ramai wanita melupakan khasiat herba tradisional yang digunakan nenek moyang mereka itu.

Lebih menyedihkan, ada wanita zaman ini yang tidak mengetahui langsung nama herba tradisional berkenaan.

Kini, penggunaan herba tradisional untuk kecantikan wanita mula dikenali semula selepas banyak kajian saintifik membuktikan herba tradisional lebih baik berbanding produk kecantikan.


Ini kerana khasiat herba tidak mendatangkan kesan sampingan dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Berikut adalah tujuh herba bermanfaat untuk kecantikan wanita:


• Rawat masalah dalaman dengan manjakani

Walaupun buah manjakani baik untuk kecantikan, ia kurang diminati kerana rasanya yang pahit dan kelat serta kita tidak mampu untuk menelannya.

Manjakini

Kajian saintifik juga menyokong keberkesanan manjakani ini. Ia mempunyai ciri-ciri antiseptik semula jadi yang berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kulat yang menjadi punca utama kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan di kawasan faraj.

Secara umumnya, kebaikan mengambil buah manjakani adalah seperti mengecutkan semula tisu dalam faraj selepas bersalin, menghilangkan kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj, membantu melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga dalaman dan mengembalikan keintiman bersama suami.


• Pulihkan masalah keputihan dengan daun senduduk

Daun senduduk mempunyai khasiat yang mujarab. Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air untuk merawat masalah cirit-birit.



Senduduk

Ia juga mampu merawat masalah keputihan yang biasa dialami wanita dan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada rahim.


• Daun inai membantu menyembuhkan luka dan haid.

Sejak berkurun lamanya inai digunakan untuk tujuan perubatan.

Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk. Khasiat daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka kuku dan kudis di sekeliling kuku.

Selain itu, inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka, mengurang­kan masalah pendarahan, menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki dan merawat masalah haid wanita dan keputihan.


• Daun salam melegakan gatal pada kulit

Daun salam adalah rempah yang sering digunakan masyarakat Nusantara untuk menyedapkan masakan dan makanan.

Daunnya boleh direbus untuk membantu merawat masalah keputihan serta berkesan untuk menghilangkan gatal dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj.


• Tingkatkan tenaga dalaman dengan tongkat ali putih

Tongkat ali putih adalah herba yang popular dalam kalangan ma­syarakat Melayu. Kajian saintis mendapati tongkat ali putih digunakan secara tradisional sebagai agen menambahkan keupayaan tenaga dalaman dan melancarkan peredaran darah dalam badan.


• Kurangkan lemak dalam badan dengan hempedu bumi

Hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis paniculata memiliki pelbagai khasiat yang digunakan untuk membantu kecantikan wanita.

Di antara kebaikan hempedu bumi adalah untuk merawat luka, memecahkan molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat sebagai pelawas pembuangan air besar.


• Herba kayu serapat untuk perapat

Herba Kayu Serapat atau nama saintifiknya Paramaria Leavigata adalah herba terbaik untuk disyorkan kepada setiap wanita. Ia bermanfaat untuk mengembalikan faraj yang ‘longgar’ supaya kembali cantik seperti anak dara.


Serapat

Ia juga boleh menegang­kan payu dara supaya dapat merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak serta disukai suami.


Daripada tujuh herba yang disenaraikan di atas, tidak syak lagi tumbuhan-tumbuhan itu memberikan manfaat yang tidak ternilai untuk wanita.

Sama ada anda menggunakan herba itu dalam bentuk ekstrak atau asli, anda masih lagi dapat menikmati khasiat yang anda ingini seperti awet muda dan mendapat kulit yang cantik.

2014/05/23 Nuansa my Metro
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments