kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tugas anak muda Melayu

Ada pendapat mengatakan, orang usia tua lebih bijak dan hati-hati dalam menentukan keputusan, sebab hidup mereka bergelut dengan pengalaman. Orang tua lebih cenderung menjaga status quo dan mempertahankan apa yang ada.

Berbeza dengan anak-anak muda dalam menentukan pilihannya, mereka lebih cenderung maju ke depan dan agresif kerana semangat darah mudanya.

Demi suatu perubahan, maka sesuai peranan itu ditujukan kepada generasi muda, kerana semangat mereka sebagai jentera penggerak perubahan. Namun begitu, untuk memimpin arah perubahan, maka diperlukan generasi tua yang lebih bijak.

Kenapa begitu? Sebab pandangan antara anak muda dan orang tua ada perbezaan dari segi pemikiran. Perbezaan pendapat kerap berlaku antara dua golongan ini kerana orang tua lebih berpengalaman.

Biasanya, kedua-dua pihak merasa paling benar. Tapi pada hakikatnya, orang tua berhak memberi yang terbaik untuk anak-anak muda.

Kalau difikir-fikirkan secara mendalam, anak-anak muda perlu faham hubungan hormat kepada yang tua dan bukan soal kedudukan pangkat tinggi dan rendah.

Ingatlah, golongan tua yang banyak makan garam dahulu, sedangkan golongan muda masih meminta bantuan daripada mereka, dan jasa mereka pun belum dibalas.

Mereka yang kini menjadi golongan tua, dahulunya pernah muda. Tapi pemikiran mereka terhadap bangsa tak pernah luntur. Berbeza dengan sesetengah golongan anak muda sekarang.

Berbangga

Ada yang berbangga apabila DAP letak wanita muda profesional Melayu sebagai calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

Baguskah anak-anak muda Melayu kita seolah-olah tutup mata dan pekakkan telinga bagi menyokong dan membenarkan agama lain guna kalimah Allah. Sokong tolak pelaksanaan hukum hudud! Melupakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

Betulkah pendekatan anak muda Melayu dengan mudah mahu padamkan sejarah DAP hina Islam. Dengan mudah mahu melupakan semua kata-kata cacian dan makian yang Lim Kit Siang dan pemimpin DAP lontarkan kepada orang Melayu.

Golongan tua tak akan lupa fakta bahawa bangsa Melayu begitu murah hati menerima kehadiran kaum lain hidup bersama di negara bertuah ini. Orang tua Melayu tak akan melupakan tuduhan kaum lain mengatakan Melayu tak bersikap adil sedangkan kaum-kaum lain berjaya kuasai ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Tapi mereka masih mahu menuduh Melayu bersifat perkauman.

Baguslah DAP ada Dyana Sofya Mohd. Daud. Ini contoh wanita muda sekarang yang tak peduli agenda tersirat DAP. Dia kemaruk mahu jadi pemimpin.

Golongan tua sudah banyak beri peringatan, terpulanglah sama ada mahu terima atau tidak. Terlajak perahu masih boleh ditarik, terlajak sokongan kepada DAP dan pakatan pembangkang buruk padahnya.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah 'terperangkap' dengan cara halus untuk mengaburi umum khususnya masyarakat Melayu dan Islam kononnya DAP tidak cauvinis Cina ataupun perkauman.

Hendaknya tindakan DAP memperalatkan Dyana Sofya satu hari nanti akan terbongkar. Semoga dia insaf akan agenda tersirat DAP mempergunakan status wanita muda Melayu bagi menyampaikan agenda parti itu dalam hal-hal berkaitan Islam dan Melayu.

Kepada anak-anak muda Melayu dan Islam, jangan sekali-kali gadaikan maruah bangsa semata-mata mahu diangkat sebagai calon Melayu bagi DAP seperti Dyana Sofya.

Anak-anak muda Melayu jangan biarkan bangsanya dijual di tanah tumpah darahnya sendiri. Azman Anuar Utusan/Rencana/20140601

Tags: dap, politik, prk
Subscribe

  • All professions deserve equal respect

    DOCTOR, lawyer, accountant and engineer are the four horsemen of wealth. They represent a stable job, a good income, a beautiful house and the…

  • Monster bosses need not be tolerated

    I have heard numerous complaints from a number of friends about how horrible their bosses are, and how unsympathetic certain companies are towards…

  • When your boss is a nightmare

    APRIL 27 — Complaining about your boss is probably a global pastime, though now it is the national pastime if you think of our PM as…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments