kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Cabaran Mingguan Malaysia selepas jadi nombor satu

Akhbar Mingguan Malaysia akan berhadapan cabaran yang lebih getir apabila muncul sebagai akhbar tertinggi jualannya di negara ini. Pada era penembusan Internet yang tinggi dan pelantar untuk mendapatkan berita bukan sahaja di akhbar bercetak, Mingguan Malaysia tetap bertahan walaupun banyak akhbar lain termasuk berbahasa Inggeris dan Cina mengalami penurunan yang sangat banyak.

Cabaran Mingguan Malaysia ialah membuktikan bahawa akhbar yang mencatat jualan tertinggi ini tetap mementingkan isi kandungan yang berwibawa serta memberikan manfaat yang besar kepada pembaca. Mingguan Malaysia memastikan pembaca tidak kecewa kerana mahu mengejar atau mempertahankan kedudukan dan kualiti isi kandungan terabai. Kerana itu cabaran yang besar adalah memastikan isi kandungan yang berkualiti. Pada masa yang sama menyakinkan pembaca bahawa mereka membaca sebuah akhbar yang bukan sahaja nombor satu.

Mengikut statistik terbaru Biro Audit Pengedaran (ABC), sebuah badan bebas antarabangsa yang membuat pengauditan jualan akhbar separuh kedua tahun 2013 iaitu Julai hingga Disember tahun lalu, Mingguan Malaysia mencatat jualan 372, 046 naskhah satu keluaran berbanding akhbar saingan terdekat, Berita Harian Ahad (BH Ahad) hanya 159, 176 naskhah sahaja.

Sementara akhbar harian Utusan Malaysia pula mencatat jualan 179,098 naskhah mengatasi saingannya Berita Harian yang dijual sebanyak 119,163 naskhah sahaja. Dalam kategori akhbar bahasa Inggeris, The Star dan The Sunday Star mengekalkan kedudukan terlaris meninggal jauh saingannya New Straits Times dan New Sunday Times.

Formula

Sebenarnya dalam industri persuratkhabaran negara ini pelbagai formula dan teori dikemukakan yang didakwa menjadi faktor peningkatan jualan akhbar. Tanpa disokong oleh kaji selidik yang menyakinkan, pembaca dikatakan hanya memilih bahan bacaan ringan, sensasi serta bercorak hiburan. Disebabkan selera pembaca menjurus kepada bahan bacaan ringan, formula untuk melariskan jualan akhbar ialah dengan memuatkan isi kandungan yang menepati selera pembaca.

Teori ini dihujahkan oleh segelintir yang tidak membaca bahan yang menuntut sedikit persiapan mental. Tetapi mereka menyimpulkan bahawa orang lain pun sama seperti mereka. Tanpa menafikan teori-teori yang dihujahkan itu pasukan editorial Mingguan Malaysia membuktikan bahawa bahan bacaan ringan serta sensasi bukan formula yang tepat untuk melariskan akhbar.

Buktinya Mingguan Malaysia adalah sebuah akhbar mingguan yang memuatkan bahan-bahan serius serta bersifat politik yang bagi sesetengah pihak ini bukan "bahan yang mahu dibaca" oleh pembaca. Bagaimanapun daripada statistik ABC ini membuktikan bahan-bahan yang dipilih oleh pasukan editorial Mingguan Malaysia menepati selera pembaca, walaupun yang agak malas berfikir menganggap Mingguan Malaysia akhbar "syok sendiri".

Ironiknya akhbar yang konsepnya lebih ringan dan sensasi mencatatkan penurunan berpuluh ribu naskhah. Tetapi Mingguan Malaysia yang agak serius dan tidak sensasi mengekalkan kedudukan seterusnya menjadi akhbar terlaris di negara ini. Bagaimanapun pasukan editorial Mingguan Malaysia berpendirian, sebagai akhbar perpaduan, memperjuangkan Perlembagaan, kedudukan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Mingguan Malaysia tidak mungkin tunduk kepada kehendak pembaca yang melampau hingga gagasan akhbar ini menyimpang dari asalnya.

Pasukan editorial Mingguan Malaysia percaya, dengan tahap pendidikan yang jauh lebih baik dan jumlah orang Melayu dalam kelas menengah dan elit bertambah, golongan ini memerlukan akhbar yang memenuhi selera status sosial mereka. Golongan ini kehausan bahan bacaan yang mencabar pemikiran. Pasukan editorial Mingguan Malaysia yakin bahawa faktor yang menarik pembaca memilih sesebuah akhbar adalah tahap wibawanya yang dipancarkan menerusi bahan yang disiarkan.

Lalu tidak hairanlah kalau bahan yang disiarkan Mingguan Malaysia kerap mencetuskan kegemparan, bukan sahaja dalam negara malah di luar negara. Akhbar dijadikan rujukan negara-negara kuasa besar menerusi pejabat kedutaan di Kuala Lumpur. Mereka menganggap akhbar ini sebagai suara arus utama negara ini.

- KU SEMAN KU HUSSAIN Utusan Malaysia Rencana 20140601

Tags: akhbar, media
Subscribe

  • Teori asal usul nama Malaysia

    SEBELUM nama Malaysia, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Selepas merdeka pada tahun 1957, namanya berubah kepada Persekutuan…

  • Penubuhan Malaysia penuh liku dan cabaran

    TARIKH 16 September 1963 adalah detik bersejarah buat negara ini. Ia menjadi realiti kepada gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul…

  • From Malaya to Malaysia

    Growth and evolution are natural and necessary in any federal set-up. AS we commemorate Malaysia Day, it is important to look back at the mileposts…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments