kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mencari titik pertemuan golongan tua dan muda

KECIL jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa".

Pada hari ini, dinamis sosiopolitik di Malaysia cukup berbeza berbanding zaman kita mengejar kemerdekaan.

Pejam celik masa berlalu dengan begitu pantas namun tidak harus kita lupakan di mana titik permulaan kerjasama di antara UMNO, MCA dan MIC sehingga terbuahnya kemerdekaan Tanah Melayu.

Bumi London menjadi saksi termete­rainya Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House.

Namun, senario pada hari ini cukup progresif. Golongan muda melihat parti komponen Barisan Nasional (BN) sebagai tidak relevan dalam suasana politik Malaysia kini. Kekuatan BN masih terletak pada golongan tua.

Soale: "Awe,mu betul ko oghe melasia nihhh ?"
Jawab:"Pah mu ingat, mu oghe Amaereka ko?"




YANG Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (dua dari kiri) bergaul bersama para pelajar ketika program The Malaysia Initiative 2014 (TMI2014) di Lancaster, London, baru-baru ini.
Atas dasar itu, adakah pengalaman memainkan peranan penting dalam mengembalikan kekuatan BN? Adakah pakatan pembangkang yang mempelopori kebanyakan golongan pertengahan menjadi tunjang di antara pengalaman dan idealisme?

Benarkah BN tidak memberi ruang kepada golongan muda atau pertengahan dalam menyuarakan pendapat?

Ke mana perginya intipati titik pertemuan di antara dua golongan ini?

Titik persefahaman di antara dua golong­an ini harus dicari dan dimulakan. Penglibatan golongan muda dalam membuat keputusan dari segi dasar, undang-undang dan pengendalian oleh kedua-dua golongan harus diselarikan.

Pembahagian tanggungjawab semestinya diagihkan mengikut kekuatan dan kecekapan di antara golongan muda dan tua. Ini harus diteliti.

Akan tetapi, kesefahaman dan objektif harus menjadi teras dalam kemajuan dari peringkat individu sehingga ke peringkat negara bagi mengelakkan konflik.

Tidak dinafikan, kebanyakan golongan muda dan pertengahan masih kurang pe­ngalaman namun, melalui proses percam­puran ini dapat meningkatkan kerjasama bahkan kesefahaman di antara kedua-duanya.

Tidak seharusnya dalam politik sahaja, malah harus diterapkan pada peringkat awal supaya percampuran budaya itu berlaku dan perkongsian budaya itu membuahkan hasil persefahaman yang lebih bermanfaat ke atas perjuangan sesebuah negara dalam menerapkan politik matang terutamanya dalam membina rakyat yang fikirannya rasional dan dinamis.

Masyarakat secara menyeluruh boleh menilai. Di mana pertembungan di antara dua golongan ini secara tidak langsung menerapkan semangat kenegaraan. Ini seharusnya dilihat dan diteliti dari peringkat individu, keluarga, komuniti dan seterus­nya keluarga.

Persefahaman merupakan faktor utama titik pertemuan dalam arus globalisasi ini.

Proses pemindahan maklumat juga memainkan peranan penting dalam memastikan ilmu dan pengalaman itu diserapkan kepada golongan muda.

Dalam suasana sosial politik Malaysia hari ini, hampir semua perkara dipolitikkan atas dasar kepentingan parti mahupun individu. Golongan muda seharusnya mengambil inisiatif bagi memahami bagaimana intipati terbentuknya Malaysia dalam permulaan termeterainya perjanjian kemerdekaan tanah air.

Sesetengah perkara harus lebih difahami dan diberi perhatian mengapa dan kenapa. Proses ini seharusnya melibatkan pemindahan maklumat daripada golongan yang lebih tua kepada golongan muda.

Peranan Kelab UMNO pada hari ini merupakan salah satu inisiatif yang harus diberi lebih penelitian. Ini platform terbaik dalam proses pembelajaran dan pemahaman khususnya bagi golongan muda yang baru berkecimpung dalam dunia politik.

Kelab UMNO merupakan platform untuk menyuarakan pendapat terhadap mana-mana dasar kerajaan sebagaimana program The Malaysia Initiative 2014 (TMI2014) di Lancaster, London, baru-baru ini.

Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat bersama pemimpin meliputi pelbagai topik antaranya Islam dan Melayu, peranan wanita dalam kemajuan negara, ekonomi dan sistem pendidikan di Malaysia.

Solidariti pemimpin-pemimpin muda yang begitu progresif dan dinamik dapat dilihat menerusi penganjuran bersama program yang melangkaui sempadan ideologi dan perbezaan pandangan.

Generasi berbeza boleh memegang kepercayaan yang berasingan tetapi saling bergantung hidup untuk perkembangan masyarakat.

Menyampaikan kebijaksanaan orang tua kepada generasi muda akan membantu membina dan memupuk pembangunan masyarakat.

IKMAL HAZLAN IKMAL HISHAM ialah Pengerusi Badan Perhubungan Negara UK dan Pengerusi Kelab UMNO London Utusan/Rencana/20140605

Tags: muda
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments