kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Dasar yang membebankan rakyat China

Seperti saya katakan pada bahagian akhir coretan lalu, Mao Tse-tung telah mengambil langkah drastik menghapuskan pengkritik-pengkritik dasarnya melalui kempen besar-besaran yang dinamakan Anti-Rightist Campaign yang berjalan setahun sehingga pertengahan tahun 1958. Lebih daripada setengah juta para intelektual dan cendekiawan China telah diperangkap oleh Mao dengan tipu helahnya. Chow En-lai dan Liu Shao-chi merasakan diri mereka juga telah diperdaya oleh Mao kerana mereka tidak menduga Mao boleh bertindak sedemikian.


Bagi Chow dan Liu, yang pada mulanya telah mencadangkan kepada Mao supaya menggalakkan kritikan-kritikan terhadap parti dan dasar-dasar kerajaan, berasa bimbang kesan-kesan buruk terhadap ekonomi Soviet semasa pemerintahan Stalin akan berlaku di China jika dasar Great Leap Forward dilancarkan tanpa mengambil kira pandangan rakyat China terlebih dahulu.

Tujuan utama dasar Great Leap Forward adalah untuk meningkatkan secara mendadak pengeluaran pertanian serentak dengan perindustrian di China dan ia dimulakan pada pertengahan 1958. Mao menganggap hasil perindustrian China dapat dipertingkatkan menerusi penggunaan tenaga manusia secara besar-besaran tanpa keperluan mengimport mesin-mesin berat dari luar negara. Mao mengetepikan langsung keperluan kepakaran teknikal dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Mao Tse-tung merencanakan peningkatan pengeluaran gandum/jagung serentak dengan pengeluaran besi sebagai asas untuk membina ekonomi moden China yang kukuh. Dia dengan yakinnya meramalkan, dalam tempoh 15 tahun selepas dilancarkan dasar Great Leap Forward (pertengahan 1958), pengeluaran besi oleh China akan mengalahkan United Kingdom.

Dalam bidang pertanian, Mao melancarkan tahap kedua collectivization yang telah dimulakannya pada awal tahun 1950-an mengikut acuan Soviet di mana collectives kecil-kecilan digabungkan menjadi besar dengan diberi nama People’s Communes. Buat permulaan, satu percubaan telah dibuat di Chayashan, provinsi Hunan pada April 1958 di mana plot-plot kecil telah dihapuskan dan communal kitchens diperkenalkan. People’s Communes secara kilat menjadi bentuk baharu sistem ekonomi untuk seluruh negara China.

Menjelang akhir tahun 1958, 25,000 People’s Communes telah ditubuhkan, dengan purata 5,000 keluarga tergabung dalam sebuah commune. Semua commune ini ditentukan boleh berdikari dalam serba-serbinya. Peserta/pekerja hanya diberi work points sebagai ganti gaji. Wang tidak lagi diperlukan dalam kehidupan ‘masyarakat’ People’s Communes.

Berbahaya

Penentang-penentang sistem People's Communes menganggap ia semacam sistem aparteid yang telah dikenakan ke atas petani-petani China. Kenapa tidaknya, kerana People’s Commune bertujuan semata-mata untuk memuncakkan penghasilan pertanian demi memenuhi keperluan makanan penduduk bandar dan golongan pekerja kilang, sedangkan kehidupan penduduk desa yang di bawah sistem itu terkongkong. Mereka yang bangkit mengkritik sistem ini dianggap berbahaya dan dikenakan pelbagai bentuk tindakan. Tidak ada peluang untuk mereka melepaskan diri. Jika didapati cuba melarikan diri akan dikenakan tindakan yang dinamakan party- orchestrated public struggle yang bersifat fizikal, malah boleh menyebabkan kematian.

Atas desakan Mao juga, Politburo Parti Komunis China dalam bulan Ogos 1958, membuat keputusan untuk melipatgandakan pengeluaran besi dalam tahun 1958 itu juga. Ini adalah melalui penubuhan apa yang dinamakan backyard steel furnaces di merata tempat. Dapur-dapur leburan ini tumbuh bertaburan di seluruh China seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar dan desa-desa. Ia berjalan siang dan malam kerana hendak memenuhi kehendak Mao supaya pengeluaran besi dilipatgandakan bagi tahun 1958 (pada masa keputusan Politburo itu dibuat hanya tinggal empat bulan).

Saya ingin mencadangkan kepada anda mengikuti kisah yang diceritakan penulis Jung Chang dalam buku menariknya The Swan. Dia menceritakan bagaimana pokok-pokok di sekitar kampungnya habis ditebang oleh orang kampung untuk membuat kayu api bagi dapur-dapur leburan besi itu. Juga, bagaimana petani-petani telah dikerah meninggalkan ladang untuk bekerja di dapur-dapur leburan sampai menyebabkan ladang ketandusan pekerja untuk kerja-kerja menanam atau menuai.

Jung Chang juga menceritakan bagaimana dia, sebagai murid sekolah ketika itu, disuruh pihak sekolah dan ibu bapanya supaya sentiasa memerhati dan mengutip setiap benda ‘bersifat besi’ dalam perjalanan ke sekolah dan semasa pulang ke rumah. Misalnya, jika dia ternampak sebatang paku atau jarum sekalipun, dia akan mengutipnya dan menyerahkan kepada guru atau ibu bapanya. Di dalam buku mereka Mao, The Unknown Story, Jung Chang dan Jon Halliday menceritakan kenapa Mao menekankan keperluan peningkatan hasil besi: "Another fiasco that drained the peasants’ energy, and brought disaster, was an order from Mao that the entire nation had to ‘make steel’. The Superpower Programme needed a lot of steel ….. When he boasted to Communist leaders in Moscow in 1957 that China would ‘overtake Britain in fifteen years’ (which he later shortened to three), and when he told the Chinese he was fully confident that China could ‘overtake America' in ten years, steel output was what he had in mind. Mao set the 1958 target at 10.7 million tons. How this came about illustrates his broadbrush approach to economics." (halaman 449/450)

Menurut buku itu lagi: "Steel mills and related industries like coal mines were to go flat to speed up production. Rules and common sense were cast aside. His (Mao’s) response was to order the general population to build ‘backyard furnaces’. At least 90 million people were ‘forced’, as Mao said matter-of-factly, to construct such furnaces, which Khrushchev not unfairly dubbed ‘samovar’ furnaces, and which produced not steel at all, but pig iron, if that (halaman 450)." Slogan parti yang dicadangkan kepada rakyat: "To hand-in one pickaxe is to wipe out one imperialist, and to hide one nail is to hide one counter-revolutionary."

Di seluruh China, banyak rumah penduduk kampung dirobohkan, manakala penghuni-penghuninya tidak dipedulikan. Ini semata-mata untuk membolehkan parti menggunakan papan dan bumbung rumah-rumah sebagai bahan bakar untuk dapur leburan. Manakala, di bukit-bukit dan gunung yang boleh didaki, pokok-pokoknya habis ditebang, dan kesan deforestation menyebabkan berlakunya banjir di beberapa wilayah di China yang berpanjangan sampai beberapa dekad lamanya (halaman 450).

Apakah Mao berjaya mencapai sasarannya? Mengikut halaman 450/451 buku tersebut : "By 31 December (1958), the 10.7 million tons figure was reached, but Mao acknowledged to his top echelon, ‘only 40% is good steel’ ; and more than 3 million tons were completely useless. The ‘good steel’ had been produced by proper steel mills ; the useless stuff from the backyard furnaces, almost all of which were soon abandoned."

Pendek kata, usaha Mao dalam pengeluaran besi itu adalah pembaziran yang besar dari segi penggunaan sumber dan tenaga manusia. Dalam coretan akan datang, saya akan mengisahkan wabak kebuluran di seluruh China gara-gara dasar Great Leap Forward Mao Tse-tung. Abdul Rahim Noor Utusan/Rencana/20140608

Tags: komunis, pkm
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments