kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Perlembagaan Persekutuan pada pandangan Tun M

PERLEMBAGAAN Persekutuan merupakan undang-undang asas negara. Ia telah digubal oleh panel-panel hakim dari negara Komanwel. Sebelum menerima Perlembagaan tersebut, pemimpin-pemimpin yang berbilang kaum di negara ini membuat beberapa pindaan termasuk melindungi kedudukan Orang Asli yang miskin dan mundur, yang diiktiraf oleh pemimpin berkenaan yang merasakan keperluan golongan terbabit perlu diberi perhatian.


Selepas itu, Perlembagaan telah dipinda beberapa kali bagi membuat peruntukan untuk situasi semasa yang timbul.

Terdapat dua pindaan yang wajar disebut. Keperluan untuk Yang di-Pertuan Agong menandatangani semua undang-undang sebelum menjadi sah, seolah-olah menafikan hak rakyat untuk membuat undang-undang melalui Parlimen yang dipilih oleh mereka. Biasanya Yang di-Pertuan Agong akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Di United Kingdom, raja bertanggungjawab bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Namun, terdapat kebimbangan di Malaysia bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh. Pindaan itu mensyaratkan jika Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani undang-undang, ia perlu di hantar kembali ke Parlimen dan jika Parlimen meluluskan dengan atau tanpa pindaan , ia akan menjadi undang-undang walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatangani selepas dua bulan.

Pindaan kedua membentuk sebuah mahkamah khas untuk mendengar tuduhan terhadap pemerintah. Ini dibuat selepas seorang pemerintah menyerang seorang rakyat.

Tetapi peruntukan utama dalam Perlembagaan itu menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Sebuah Raja Berperlembagaan tidak mempunyai kuasa eksekutif. Ini bermakna bahawa beliau mungkin tidak terlibat dalam pentadbiran negara. Perkara ini dianggap perlu kerana pada masa lalu, negeri-negeri Melayu diperintah oleh pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak dan rakyat dilarang daripada terlibat dalam politik. Hasilnya adalah kawasan-kawasan tanah telah diberikan kepada negara luar, konsesi diberikan kepada perniagaan luar dan akhirnya kemerdekaan diserahkan kepada British di bawah perjanjian yang berkekalan lama.

Apabila perang berakhir dan British kembali, kedudukan raja-raja Melayu tidak menentu. Di India, semua raja dan maharaja kehilangan takhta mereka. Di Indonesia, sultan dan pegawai pemerintah telah digulingkan, jika tidak dibunuh. Dengan latar belakang ini, British mencadangkan untuk menggabung negeri-negeri Melayu dan Negeri Selat ke dalam Malayan Union untuk diperintah sebagai tanah jajahan. Sultan hanya akan menjadi ketua adat dan agama Melayu.

Harold MacMichael mengingatkan kalangan sultan bahawa pengiktirafan oleh British bergantung kepada perjanjian yang ditandatangani berhubung penyerahan negeri-negeri kepada British. Jika mereka (sultan) menolak, British akan mengiktiraf mana-mana pemerintah yang bersetuju menandatanganinya. Dan terdapat banyak yang menunggu untuk menandatanganinya. Oleh itu semua berbuat demikian (tandatangan).

Orang Melayu dilihat bersifat legalistik. Sejak pemerintah menandatanganinya, mereka terpaksa kekal untuk menyangkal perkara itu. Dan mereka melakukannya dan status quo dikembalikan.

Hal demikian kerana raja-raja boleh dengan mudah dipujuk untuk membuat keputusan yang salah bahawa kuasa eksekutif dipindahkan kepada kerajaan yang dipilih. Kerajaan dan pemimpinnya dan Parlimen dijangka bertegas dalam mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan rakyat serta negara.

Perdana Menteri khususnya perlu bertegas dan tidak terpengaruh dengan adat-adat atau penghormatan kepada pemerintah. Pemerintah dibayar pencen yang besar dan tidak boleh terlibat dalam perniagaan. Ini dianggap perlu kerana para pegawai cenderung untuk menangguhkan kehendak pemerintah dan akan mendapati kesukaran dalam menolak cadangan perniagaan mereka.

Terdapat juga kepercayaan bahawa ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan sultan untuk mendapatkan kelebihan berbanding orang lain dan melangkau peraturan-peraturan serta dasar.

Perlembagaan Persekutuan merupakan Perlembagaan yang baik. Terdapat beberapa pelanggaran tetapi Perlembagaan itu telah memainkan peranan sebaiknya.

Berbanding Thailand, kita tiada undang-undang berhubung penghinaan terhadap raja. Sedikit sebanyak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan langkah pencegahan. Tetapi sekarang tiada lagi ISA. Sudah ada kecenderungan untuk mengkritik dan menghina raja-raja. Perlembagaan diabaikan.

Orang ramai mungkin bertindak lebih daripada itu kerana mereka tahu tiada tindakan boleh diambil terhadap mereka.

Jika ada yang menggalakkan untuk mengabaikan Perlembagaan, mereka mungkin bertindak sehingga terang-terangan. Ini mungkin membawa kepada pergaduhan kaum atau tuntutan meminda Perlembagaan. Ini membahayakan, oleh itu, kepada sesiapa, termasuk kerabat diraja untuk tidak meminggirkan batasan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

Mahathir Mohamad ialah bekas Perdana Menteri Malaysia. (Artikel ini diambil dari blog chedet.cc) Utusan/Rencana/20140610

Tags: perlembagaan, raja, sultan
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Politik , Politicking

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Membaca Terlalu Banyak Berita Politik

    Mengamati dan taksub akan isu politik boleh membahayakan kesejahteraan, kebahagiaan dan hubungan anda Tak kira ketika musim pilihan raya atau…

  • Fitnah dan Memburukan

    Minta maaf atau sedia di saman , minta maaf atau jumpa di mahkamah sudah menjadi ‘bahasa pertuturan’ kegemaran masa kini baik kepada…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments