kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pendaftaran Politeknik Malaysia 2014

Kira-kira 22,000 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mendaftar di 33 buah Politeknik Malaysia hari ini dan esok dengan Politeknik Pagoh muncul sebagai politeknik terbaharu yang mengambil pelajar jurusan Teknologi Makanan.

Pendaftaran Politeknik Malaysia akan bermula pada 15 dan 16 Jun 2014 bergantung kepada politeknik yang menawarkan tempat.

Selaku institusi peneraju pendidikan teknik dan vokasional (TVET), Politeknik Malaysia muncul sebagai institut pengajian tinggi yang menawarkan tempat pengajian yang terbesar dalam bidangnya.

Pelajar baharu ini akan menyertai keluarga besar siswa siswi Politeknik Malaysia yang berjumlah 90,000 orang.

Politeknik Malaysia juga telah memperkenalkan program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) yang ditawarkan di Politeknik Port Dickson dalam usaha mengukuhkan tahap relevan dan responsif program pengajian di politeknik yang merupakan objektif kedua Transformasi Politeknik, bagi ambilan sesi Jun 2014 ini.

Melalui program baharu ini, adalah diharapkan Politeknik Malaysia mampu melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang elektrik pengkhususan kepada teknologi hijau.

Program baru ini menjadikan keseluruhan program yang ditawarkan di Politeknik Malaysia adalah sebanyak 64 program untuk peringkat Diploma bagi lulusan SPM dan 5 program peringkat Sijil Kemahiran Khas yang dikhaskan untuk pelajar bermasalah pendengaran yang telah tamat tingkatan lima.

Politeknik Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan dan keyakinan ibu bapa memilih Politeknik Malaysia sebagai laluan pelajar pasca SPM bagi dibentuk sebagai modal insan berkemahiran tinggi pada tahap diploma.

Dengan pelbagai pengikitirafan luar negara terhadap kualiti akademik Politeknik Malaysia seperti Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) dan Canadian Technology Accreditation Board (CTAB) maka ibu bapa dan pelajar yang mendaftar pada hari ini dan esok akan mendaftar di sebuah insitusi memiliki kawalan kualiti yang tidak terhad kepada akademik semata-mata tetapi juga merangkumi pembentukan sahsiah diri pelajar agar menjadi warganegara yang berkemahiran tinggi serta memiliki sahsiah yang terpuji. - Yusrizal Sufardi MohdYunan Utusan/Rencana/20140615/
Tags: politeknik
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments