kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Dasar kejam Mao Tse-tung

DALAM menceritakan kisah wabak kebuluran di China akibat pelaksanaan dasar Great Leap Forward mulai pertengahan 1958, saya berhasrat memetik beberapa bahagian yang relevan dalam buku karangan Yang Jisheng berjudul Tombstone, The Untold Story of Mao’s Great Famine. Bapanya sendiri telah mati kerana kebuluran. Semasa persekolahannya, Jisheng sangat aktif dalam pergerakan komunis sebagai ahli persatuan Young Pioneers (sekolah rendah) dan Communist Youth League (sekolah menengah).



Pada tahun 1958, dia memainkan peranan sebagai aktivis pelajar di bawah kawalan Parti Komunis China (PKC). Malah katanya, pada awal tahun 1959, dia telah mengarang rencana “Selamat Tahun Baru" untuk majalah sekolahnya. Dalam rencana itu, dia menyanjung tinggi Great Leap Forward sampai katanya, guru besar memberi penghormatan membacakan rencana itu di depan perhimpunan guru dan pelajar tanpa meminda satu ayat pun.

Semasa menuntut di Universiti Tsinghua, Beijing, Jisheng telah dilantik Setiausaha cawangan Communist Youth League di universitinya dan pada tahun 1964 dia menyertai PKC. Menurut Jisheng, generasi muda di zamannya terlalu naif dan ringkas. Pemikiran mereka sarat dengan fahaman-fahaman yang telah disogokkan oleh media dan alat propaganda parti dan pemerintah. Tiada lain punca mendapatkan maklumat. Cara inilah Parti Komunis China membentuk pemikiran generasi muda “under the new regime into its loyal disciples. If no major events had occurred during these decades, our generation would have retained those beliefs for our entire lives (halaman 11)."

Menurut Jisheng, pegangannya terhadap fahaman komunis mulai goyang selepas tercetusnya gerakan Revolusi Kebudayaan pada tahun 1966. Dia tersentuh dengan paparan poster-poster besar di Universiti Tsinghua yang mendedahkan kegiatan rasuah dan sikap buruk kalangan pemimpin revolusi lama (termasuk Mao Tse-tung) yang dipujanya sekian lama. Kata Jisheng: “From August to December (1966), several classmates and I went to more than twenty cities to 'establish ties'. In these places, we likewise found big character posters revealing corruption and privilege among senior officials. I began to lose my faith in authority and officialdom, and I no longer believed everything I read. I began to doubt the myths the party had inculcated in me... (halaman 11)."

Selepas menamatkan pengajian universitinya (1967/1968), Jisheng bekerja sebagai wartawan dengan Xinhua News Agency. Ini mendedahkannya kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang tidak pernah dilihatnya. Kata Jisheng: “I learned many facts that contradicted what was written in party texts, and observed the hard life of urban workers. As a Xinhua reporter, I learned how 'news' was manufactured, and how news organs served as the mouthpieces of political power (halaman 11)."

Menurut Jisheng: “In my effort to shake off deception, I came to understand the social background to my father’s death and to reflect more profoundly on his life. High officials elsewhere erected particularly imposing tombstones... I thought that even though I was not a high official, I would erect for my father a tombstone grander than many of those others. Then I recalled that in 1958, many of the village’s tombstones had been dismantled for use in irrigation projects, or as bases for smelting ovens in the steel making campaign during the Great Leap Forward… The more impressive the monument, the greater the likelihood of it being demolished. My father’s tombstone had be erected not on the ground, but in my heart... I did erect a tombstone for my father in my heart, and this book is made up of the words I carved into that tombstone... (halaman 12)."

Mengikut Jisheng, 36 juta rakyat di China mati kebuluran semasa dasar ‘gila’ Mao Tse-tung yang digelar Great Leap Forward dari tahun 1958 hingga 1962 dilancarkan. Oleh sebab keadaan kebuluran menjejaskan kadar kelahiran anak, dalam tempoh empat tahun itu negara China menanggung kemerosotan 40 juta kelahiran anak. Bererti, jika kedua-dua angka ini disatukan sebagai petunjuk kesan parah dasar Mao itu, China telah mengalami kehilangan sejumlah 76 juta penduduk akibat kesan langsung dasar Great Leap Forward yang berjalan selama empat tahun itu.

Kegilaan

Ini tidak jauh bezanya dengan pendapat penulis Jung Chang-Jon Halliday dalam buku mereka “Mao, The Unknown Story" yang menyebut : “Mao Tse-tung, who for decades hold absolute power over the lives of one-quarter of the world’s population, was responsible for well over 70 million deaths in peacetime, more than any other twentieth century leader (halaman 3)." Sangat jelas, penderitaan rakyat China adalah bukan kepalang akibat ‘kegilaan’ Mao Tse-tung hendak menentukan seluruh rakyat China mula menjalani hidup sebagai manusia komunis - bukan sebagai orang Cina - semasa hayat Mao sendiri.

Menurut penyelidikan Jisheng, di sesetengah wilayah di China, hampir setiap keluarga mengalami satu kematian kerana kebuluran, ada pula keluarga di mana seluruh ahlinya mati kerana sebab yang sama. Banyak kampung di wilayah-wilayah yang mengalami kematian penduduk sedemikian memberi gambaran seperti padang jarak padang tekukur. Kata Jisheng, ini semacam mengiakan kata-kata Mao Tse-tung dalam sebuah puisinya: ‘Seribu buah kampung penuh dengan rumput-rumpai, penduduknya asyik membuang masa; sepuluh ribu rumah dihuni hantu-hantu yang asyik menyanyi.’

Jisheng menghitungkan, kira-kira 36 juta rakyat China yang terkorban kerana kebuluran itu menyamai 450 kali ganda bilangan manusia (rakyat Jepun) yang mati bila bom atom digugurkan di Nagasaki pada Ogos 1945. Angka itu menyamai 150 kali ganda bilangan rakyat China yang terkorban akibat gempa bumi di Tangshan pada Julai 1976. Ia jauh melebihi bilangan manusia yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama. Malah katanya, korban kebuluran selama empat tahun (1958-1962) itu mengatasi kemusnahan nyawa manusia semasa Perang Dunia Kedua. Menurut Jisheng, Perang Dunia Kedua menelan korban 40 sehingga 50 juta manusia di Eropah, Asia dan Afrika sepanjang tempoh peperangan selama tujuh atau lapan tahun. Namun, kebuluran di China yang meragut 36 juta nyawa manusia itu berlaku dalam masa tiga atau empat tahun. Malah, katanya, sebahagian besar kematian berlaku dalam tempoh enam bulan sahaja.

Wabak kebuluran 1958 - 1962 itu menurut Jisheng lagi, mengatasi semua peristiwa kebuluran dalam sejarah China. Paling teruk kebuluran di China berlaku pada tahun 1928 hingga 1930 yang melanda 22 wilayah. Ia memecah rekod kebuluran sebelumnya tetapi hanya 10 juta manusia mati. Dalam tempoh tujuh belas tahun iaitu dari 1920 sehingga 1936, kekurangan hasil pertanian kerana cuaca buruk telah menyebabkan kematian kira-kira 18 juta rakyat China.

Dia melanjutkan kisah sedih itu: “Di sesetengah kampung, mayat-mayat dibawa ke liang kubur besar-besaran dengan menggunakan lori-lori usang. Orang kampung yang masih hidup tidak larat mengebumikan mayat-mayat itu dengan sempurna, menyebabkan banyak terjadi bahagian mayat-mayat timbul terpapar.Di sesetengah tempat, mayat-mayat bergelimpangan di tepi jalan dengan berpakaian kerana sebelum itu, mereka telah keluar merayau mencari makanan sampai tersungkur jatuh kerana kelaparan. Ada juga mayat-mayat yang ‘terdampar’ di rumah-rumah yang dimamah oleh tikus-tikus (halaman 13)."

Di halaman 15 dalam bukunya, Jisheng menyebut bagaimana Liu Shaochi, yang menjadi Presiden negara China ketika itu, telah merasakan ‘terdesak menghadapi kesan-kesan buruk wabak kebuluran China, sampai dia memberitahu Mao Tse-tung; “Sejarah akan mencatatkan peranan anda dan saya yang menyebabkan begitu ramai orang kebuluran. Kanibalisme yang berlaku akan juga dikenang orang menerusi penubuhan memorial." Pada satu ketika lain, Lin Shao-chi pernah juga berkata malapetaka kebuluran sepanjang 1958 hingga 1962 itu perlu dipahatkan di batu bersurat sebagai ingatan kepada generasi Cina akan datang supaya tidak mengulangi kesalahan seumpama itu.

* Banyak lagi akan diceritakan kisah Mao Tse-tung dengan dasar-dasar kejamnya terhadap rakyat China dalam coretan akan datang.   Abdul Rahim Noor Utusan/Rencana/20140615

Tags: pkm
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments