kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Politeknik Muadzam Shah menuju kecemerlangan

Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah memulakan operasinya pada 1 Ogos 2003 merupakan politeknik yang ke-19 Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah tiga tingkat, dua buah makmal dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah.

Politeknik Muadzam Shah menerima kumpulan kakitangan perintis yang pertama pada tahun 2006. Seramai 20 orang staf yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan sokongan dan ketua-ketua jabatan memulakan tugas rasmi mereka pada Ogos 2003. Jumlah itu kemudiannya bertambah pada tahun 2004, apabila seramai 50 kakitangan yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan akademik melapor diri di Politeknik Muadzam Shah.

Pada peringkat awal, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan pertambahan jumlah pelajar. Politeknik Muadzam Shah telah mengeluarkan graduan sulungnya seramai 63 orang daripada pengambilan sesi Januari 2004 dan 77 orang daripada sesi Julai 2004.

Sebagai graduan perintis, mereka mendapat bimbingan daripada kakitangan akademik yang komited dalam melahirkan pelajar berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Bahagian pengurusan dan pentadbiran pula digerakkan melalui kerjasama staf yang terdiri daripada kumpulan kakitangan pengurusan dan profesional, serta kakitangan sokongan. Politeknik Muadzam Shah mempunyai kumpulan pengurusan yang beriltizam untuk menjadikan politeknik ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan kemahiran yang terunggul di negara ini.

Pada awal 2006, Politeknik Muadzam Shah kemudiannya terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Stor, Unit Instruksional dan Multimedia, dan Unit Pembangunan dan Penyenggaraan, serta Kamsis pelajar lelaki. Bermula dengan perpindahan dan penempatan sementara itu, kini segala urusan pentadbiran akan dilakukan dan dilaksanakan di Bangunan Galeri Ilmu.

Politeknik Muadzam Shah telah menerima anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International Sdn.Bhd pada 6 Oktober 2006, dengan skop pendaftaran Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat Dan Perdagangan untuk lulusan SPM/SPVM. Kini Politeknik Muadzam Shah telah memperbaharui pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober, 2009.

Sesuai dengan moto ‘Penjana Minda Strategik,’ Politeknik Muadzam Shah akan terus berusaha mencapai kualiti yang ditetapkan sebaris dengan institusi pengajian yang lain. Warga Politeknik Muadzam Shah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti daripada pelbagai aspek terutama pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan komprehensif. Malah akan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan dalam sistem pengurusan kualiti demi memastikan kecemerlangan pendidikan sentiasa dapat ditingkatkan. Poiteknik Muadzam Shah juga akan maju setapak lagi dalam usaha mendapatkan akreditasi Malaysian Qualification Agency (MQA). - YUSRIZAL SUFARDI  MOHD YUNAN Utusan/Rencana/20140622

Tags: politeknik
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments