kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Syor seragam tandas duduk

SAYA merujuk kepada laporan yang tersiar di dalam beberapa akhbar tempatan di mana seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun terpaksa menahan kesakitan selama hampir dua jam selepas kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas cangkung di rumahnya di tingkat Sembilan, Flat Jalan Sungai, Sungai Pinang, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Angkara ini berlaku ketika kanak-kanak tersebut yang ditemani oleh neneknya berada di dalam bilik tandas untuk membersihkan diri.

Anggota Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian berdepan dengan satu tugas getir selama dua jam untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut tanpa mendatangkan sebarang kecederaan kepada kakinya.

Pilihan yang ada dan terpaksa diambil ialah dengan cara memotong paip pembentungan di aras bawah rumah mereka dan menolak kaki mangsa dari bawah selepas disapu dengan minyak. Mereka berjaya. Tahniah!

Ini bukanlah kali pertama insiden seperti ini berlaku. Bagi mencegah agar kejadian serupa ini tidak terus berlaku terutama bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil di rumah tindakan menukarkan tandas jenis cangkung kepada tandas jenis duduk adalah satu keperluan dan kos berbuat demikian bukanlah mahal sangat.

Dalam kehidupan kita seharian tidak kira apa yang kita lakukan, perlu utamakan faktor keselamatan. WMRamli HUlu Klang, Selangor Utusan/Forum/20140627

Tags: tandas
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments