kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Mantapkan sistem pendidikan

UTUSAN: Sebelum ini, prestasi pelajar dinilai menerusi kaedah peperiksaan, jus-teru kebanyakan pelajar memilih untuk menghafal jawapan berbanding berfikir secara kritis. Apakah fungsi PT3 dalam meningkatkan cara berfikir pelajar?

CHIA YING: Bergantung kepada jenis soalan yang ditanya. Jika soalan menekankan tahap pemikiran yang rendah seperti aras pengetahuan dan kefahaman sahaja, pelajar akan menghafal.

Maka, PT3 perlu meningkatkan jenis soalan yang berbentuk aras berfikiran tinggi seperti jenis aplikasi, analisis dan sintesis. Aras yang paling tinggi iaitu penilaian juga harus digalakkan untuk mengelakkan penghafalan.

Perbincangan antara pelajar dan penilai merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam PT3, selain dapat membina keyakinan untuk berinteraksi, apakah aspek lain yang mendorong pembentukan modal insan?

Kaedah perbincangan juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks hidup bermasyarakat.

Mungkinkah PT3 ini adalah langkah proaktif dalam memperbaiki sistem pendidikan sedia ada?

Bagi saya, PT3 relevan untuk menyokong pelaksanaan PBS di sekolah sebagai satu instrumen pengesahan pencapaian pelajar di peringkat kebangsaan.

PT3 mungkin berguna bagi pihak tertentu untuk tujuan pemilihan calon mengikut kecenderungan dan keputusan yang dicapai daripada penilaian itu.

Adakah PT3 dapat membantu guru-guru dan tenaga pengajar meneliti potensi setiap pelajarnya? Bagaimana?

Penelitian Potensi pelajar memerlukan proses penilaian yang berte-rusan tetapi PT3 hanyalah satu penilai sumatif dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian pelajar setakat tingkatan 3.

PT3 bagi pandangan saya memberi informasi tentang tahap penguasaan pelajar dalam akademik di samping memupuk dan membentuk budaya berfikir di kalangan pelajar.

* DR. LIN CHIA YING, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Jabatan Bahasa Moden Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Utusan/Pendidikan/20140701

Tags: pentaksiran
Subscribe

  • Teori asal usul nama Malaysia

    SEBELUM nama Malaysia, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Selepas merdeka pada tahun 1957, namanya berubah kepada Persekutuan…

  • Penubuhan Malaysia penuh liku dan cabaran

    TARIKH 16 September 1963 adalah detik bersejarah buat negara ini. Ia menjadi realiti kepada gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul…

  • From Malaya to Malaysia

    Growth and evolution are natural and necessary in any federal set-up. AS we commemorate Malaysia Day, it is important to look back at the mileposts…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments