kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Lahirkan modal insan serba boleh

UTUSAN: Apakah kepentingan melaksanakan PBS?

KRISHANAN: Sebenarnya perkara ini mengikut situasi budaya pendidikan dunia. Sekarang ini, kita beri pelajar-pelajar peluang untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) masing-masing. Jadi, dalam sistem PBS ini, kita beri satu peluang yang lebih bebas dalam sistem pendidikan agar pelajar-pelajar dapat menunjukkan kecemerlangan melalui projek-projek pendidikan dan bukan lagi hanya menjadi ulat buku semata-mata.

Ini kerana, kita sudah melihat sistem pendidikan yang terlalu berorientasi kepada sistem peperiksaan sehingga sukar meningkatkan pembangunan modal insan yang serba boleh. Bagaimanapun, PBS boleh membentuk modal insan yang dapat menjadikan para pelajar memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang seperti berkomunikasi, bekerja dalam satu pasukan serta berfikir secara kreatif dengan menunjukkan kelebihan tersendiri.

Apakah PBS mampu melahirkan pelajar yang lebih kreatif?

PBS boleh membentuk pelajar-pelajar berfikiran kreatif dan mampu bertanding di arena pendidikan dunia. Kita bukan lagi dalam sistem pendidikan satu hala melibatkan guru mengajar kepada pelajar. Hari ini, pelajar sudah lebih mahir disebabkan mereka sering membuat penyelidikan berdasarkan tajuk di sekolah-sekolah. Perkara ini juga akan menunjukkan kesinambungan ke arah pembelajaran di universiti iaitu melatih mereka belajar sendiri sejak dari kecil lagi.

Mengapa perlu diwujudkan PT3?

Kita perlu bersaing dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling dunia. Kita bukan lagi dikongkong oleh sistem pendidikan zaman kolonial. Kita perlu sistem pendidikan baharu agar pelajar-pelajar dapat bersaing dan sesuai dengan negara lain.

Sebagai contoh, Singapura dan negara-negara Eropah sudah lama mengamalkan sistem ini. Malah, kebanyakan sekolah-sekolah swasta juga sudah menggunakan sukatan pembelajaran seperti ini. Jadi, sistem pendidikan kita khususnya di sekolah kerajaan mungkin akan ketinggalan jika masih menggunakan sistem lama.

Apa kelebihan PT3 berbanding PMR sebelum ini?

PT3 ini akan mengamalkan sistem open book test yang mana akan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan sumber rujukan dalam peperiksaan. Mereka akan diberikan peluang menggunakan buku dalam peperiksaan. Dari situ, mereka akan belajar bagaimana cara untuk menggunakan sumber ini dengan sebaik mungkin. Sistem PMR sebelum ini tidak ada disebabkan para pelajar hanya belajar menghafal untuk peperiksaan.

* PROF. MADYA DR. M. KRISHANAN, Pensyarah Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM) Utusan/Pendidikan/20140701

Tags: pentaksiran
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Bubble Tea , Senaman Kecergasan dan Madu Kelulut

    Aktiviti kecergasan, senaman dibenarkan Madu kelulut mampu sembuhkan pesakit Covid-19 ? Sah bubble tea ialah teh mutiara FOTO: Aziz A.…

  • Adakah anda seorang yang berani?

    Artikel Waktu isu 1MDB lagi saya lawan, tegas Abdul Hamid dan Ketua Ulama Pas teruk kena maki hamun dengan Lokman Adam bertarikh…

  • Persepsi I

    Amar makruf nahi munkar perlu dijadikan pegangan warga PDRM (Mei, 3, 2021) ada menyebut mengenai ‘ war of perception’. Dunia…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments