kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Ex-UiTM Director ... bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun

Dua maut potong tak lepas

Dungun: Dua maut manakala seorang lelaki dan anak lelakinya parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 21.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kelulut, di sini, 9.10 malam tadi.

Mangsa yang maut seorang warga Vietnam, Le Ngoc Toan, 30, yang menunggang motosikal dan Zuraiha Zainal Abidin, 33, yang menaiki kereta Proton Iswara.


KEADAAN kereta Proton Iswara yang terbabit kemalangan.

Suami Zuraiha, Badrul Hisham Bakar, 39, parah selepas patah kaki kiri dan anak lelakinya Muhammad Adam Muamzar, 6, parah di kepala.

Tiga lagi anaknya, Muhammad Adam Wazif, 8, Nur Nia Dzaira, 4, dan Qaseh Eva Qaizara, 1, cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


KEADAAN motosikal Yamaha 100SS yang terbabit kemalangan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha 110SS yang ditunggang warga Vietnam dipercayai memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan sebuah Kereta Mercedes Benz yang dipandu Tengku Nasruddin Tengku Mahmud, 41, dari arah bertentangan.


Pertembungan itu menyebabkan kereta terbabit terbabas ke kanan jalan lalu bertembung pula dengan kereta Proton Iswara yang datang dari arah Marang ke Dungun.

Dua lagi penumpang kereta Mercedes Benz itu, bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Tengku Yusof Tengku Mahmud, 56, dan Penolong Pendaftar UiTM Dungun, Mohd Nasrul Nizam Mohd Nasir, 33, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Risikin Satiman mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rosli Ilham myMetro Berita Utama 09/07/2014


Dua maut, bekas pengarah UiTM Dungun parah nahas di Kelulut

MARANG: Dua maut manakala seorang kanak-kanak serta bekas pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun parah dalam kemalangan di Kilometer 21.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kelulut, malam tadi.

Kedua-dua mangsa yang maut masih tidak diketahui identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, bekas pengarah UiTM Dungun, Tengku Yusof Tengku Mahmud cedera di kepala dan dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.

Berita Harian Mutkahir 09/07/2014

Tags: accident
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments