kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Contohi kecemerlangan Jerman

BRAZIL, Argentina, Belanda dan Jerman adalah empat pasukan terakhir yang layak ke separuh akhir, Piala Dunia 2014. Dua negara dari Amerika Latin, manakala dua lagi dari Eropah. Dua negara yang kurang maju iaitu Brazil dan Argentina berbanding dua negara lain dari benua Eropah iaitu Belanda dan Jerman.

Kontroversi penganjuran Piala Dunia 2014 di Brazil bukan setakat aksi gigitan Luiz Suarez tetapi juga rakyat negara itu dari golongan miskin tidak bersetuju dengan penganjuran Piala Dunia ini. Bagi mereka, ia satu pembaziran.

Antara keempat-empat pasukan ini, hanya Jerman pasukan paling konsisten dalam kejohanan sukan yang diangkat sebagai paling hebat di dunia ini. Empat kali berturut-turut Jerman berjaya memasuki separuh akhir Piala Dunia. Jerman mempunyai pemain-pemain yang hebat-hebat belaka meskipun tidak begitu popular seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan sama sekali, setiap pemain Jerman memiliki jiwa kental dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Inilah sebenarnya kehebatan orang Jerman.

Selama ini kita terlalu taksub dengan Liga Inggeris (English Premier League) tetapi mana perginya pasukan England di pentas Piala Dunia? Mereka setakat hebat di liga tempatan mereka dengan memiliki pemain-pemain import bertaraf dunia. Namun, apabila mengumpulkan pemain-pemain terbaik warganegara England di kejohanan sehebat Piala Dunia, kesudahannya, pasukan kebangsaan England tidak ke mana.

Berbeza dengan pasukan Jerman yang mana liganya tidaklah sebegitu popular sebagaimana Liga Inggeris. Yang menariknya, kelab-kelab Jerman terutamanya seperti Bayern Munich sering kali menguasai pentas Kejohanan Eropah.

Satu perkara yang cukup menarik tentang orang Jerman, mereka sentiasa berdedikasi dalam apa jua lapangan. Ini terbukti apabila ekonomi Jerman berada dalam kalangan kelompok ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China dan Jepun. Bahkan, tatkala krisis hutang Eropah, Jerman sentiasa menjadi antara kuasa penentu ke atas keputusan-keputusan ekonomi Kesatuan Eropah.

Sistem tadbir urus korporat Jerman juga berbeza berbanding negara-negara yang pernah dijajah British. Syarikat-syarikat korporat Jerman mempunyai keupayaan dan kemampuan di peringkat antarabangsa. Banyak produk Jerman seperti Adidas, BMW, Audi dan Mercedes-Benz menjadi jenama dunia. Salah satu sifat unggul orang Jerman, mereka sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dan mempunyai budaya kerja berkualiti tinggi.

Misalnya, universiti-universiti Jerman tidak terlalu pedulikan dengan ranking tetapi apa yang mereka pedulikan adalah manfaat yang boleh dikembalikan kepada masyarakat setempat. Adakah "permainan" ranking ini menguntungkan kita umat Islam Malaysia?

Kita perlu banyak mengambil iktibar cara kerja orang Jerman. Sebelum ini kita memandang ke arah negara-negara timur seperti Jepun.

Sememangnya cara kerja orang Jepun juga hebat. Sebab itulah kita boleh lihat cara kerja mereka yang berdedikasi berlandaskan Islam meskipun bukan beragama Islam. Sebaliknya di sini kita sukar melihat cara kerja berasaskan tuntutan ajaran Islam meskipun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.

Itu Jepun, manakala Jerman pula sebuah negara yang cukup mementingkan kemajuan masyarakat mereka. Selepas berakhirnya Perang Dingin, Jerman semakin kuat dengan kombinasi Jerman Barat dan Jerman Timur. Perpaduan rakyatnya juga cukup kukuh.

Kalau di negara kita, ada saja pihak yang sengaja mencetuskan isu perkauman yang boleh mengugat perpaduan.

Sewajarnya ketika negara kita menuju ke arah negara maju, perpaduan umat Islam Malaysia semakin kukuh dan maju dalam serba serbi.

Maka tidak ada salahnya, kita mencontohi cara kerja, disiplin dan kerjasama kukuh orang Jepun dan Jerman. Kedua-dua bangsa ini cukup mementingkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka meskipun berlainan agama berbanding kita di Malaysia.

Rohami Shafie ialah Pensyarah KananPerakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia. Utusan/Rencana/20140710

Subscribe

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • What students need to know

    Unwrapping standard is a simple strategy for teachers to identify the skills and content knowledge needed in a lesson to ensure students are…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments