kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Guru mampu jadi ejen pupuk integrasi kaum, perpaduan negara - Lam Thye

KUALA LUMPUR 13 Julai - Kemajuan dan pembangunan negara terletak pada keupayaan guru menyatukan generasi muda dengan menggalakkan mereka memupuk serta menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan masing-masing.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, peranan penting itu perlu ditekankan oleh Kementerian Pendidikan dengan langkah tersebut harus diperkasakan di peringkat sekolah rendah lagi.

"Tugas dalam mengharungi cabaran ini perlu dipikul oleh guru-guru yang merupakan ejen untuk memupuk integrasi kaum dan perpaduan negara.

"Keperluan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan meningkatkan semangat patriotik mereka berdasarkan prinsip Rukan Negara amatlah penting jika kita ingin melihat dan menjadikan Malaysia sebuah negara bersatu-padu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lam Thye berkata, ibu bapa juga memainkan peranan menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan kaum lain.

"Walaupun kerajaan memainkan peranan utama ke arah mencapai perpaduan melalui dasar-dasar serta tindakan, namun penglibatan ibu bapa adalah perlu untuk mendidik anak-anak mereka mengenai perpaduan," tegasnya.

Beliau berkata, kanak-kanak tidak boleh dicemarkan fikiran mereka dengan elemen-elemen yang boleh menyebabkan golongan itu terpengaruh dengan unsur negatif.

"Kanak-kanak tetap kanak-kanak dan mereka ini 'buta warna,' fikiran mereka tidak boleh dicemari oleh isu-isu perkauman.

"Pada mereka, semua orang adalah sama. Mereka boleh bergaul dan bermain dengan satu sama lain tanpa mengira kaum," katanya. Utusan/Pendidikan/20140714

Tags: guru, perpaduan
Subscribe

  • Raja, rakyat dan perlembagaan

    TIDAK berapa lama dulu seorang diplomat Thai memberitahu bahawa saya tidak perlu menunjukkan pembesar dan pemimpin Thai berinsut di lantai ketika…

  • Perlembagaan Persekutuan bukan saluran pecat pemimpin

    SAYA terpanggil untuk berkongsi pandangan perundangan mengenai isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, ada yang menyatakan pandangan dan tafsiran…

  • Hak kebebasan berhimpun

    DALAM masyarakat demokratik, rakyat memainkan peranan penting menyemak dan mengimbangi (check and balance) cabang-cabang kerajaan supaya tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments