kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat

PERINGATAN Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa bertitah merasmikan Masjid Pekan Sepang, semalam wajar menjadi pedoman umat Islam di negara ini.

Antara kunci titah baginda adalah peringatan kepada orang Melayu, umat Islam supaya mengeratkan perpaduan dan muafakat. Jauhi perbalahan sesama sendiri, elak saling memfitnah serta jangan mencetuskan permusuhan demi kelangsungan hidup generasi umat Islam.

Baginda, selaku Ketua Agama Islam di Selangor, mempunyai sebab nyata untuk membuat peringatan tersebut. Kewujudan ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama yang semakin nyata di negara kita, jika tidak dinyahkan dakyah mereka boleh mengancam kejituan perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara kita.

Dalam menangani musuh-musuh Islam, adalah amat malang jika kita sendiri selaku umat Islam membiarkan ekstremis, liberalisasi dan pluralisme agama membiak lebih-lebih lagi di kalangan kita sendiri.

Umat Islam perlu waspada apabila wujud gerakan secara halus mengunjurkan budaya liberalisasi yang amat jelas bertentangan dengan akidah umat Islam serta usaha menyerapkan pemahaman kononnya semua agama adalah sama.

Penolakan mutlak adalah wajib terhadap ancaman tersebut, seperti mana kita menolak mereka yang sering menganjurkan keganasan.

Dalam usaha untuk memperkukuhkan jati diri umat Islam, apa juga institusi Islam perlu dipertahankan, bukannya cuba diruntuhkan dengan apa juga daya seperti menyahkan kuasa dan peranannya atas sebarang alasan termasuklah dijadikan modal berpolitik. Agama Islam sama sekali tidak boleh dipertaruhkan untuk itu. Begitu juga masjid perlu dijauhkan daripada menjadi gelanggang berpolitik.  AWANG - Siapa kita? Utusan/Rencana/20140716

Tags: agama
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments