kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Selamatkan Asia E Universiti - AeU daripada jatuh ke tangan lain!

ASIA E UNIVERSITY (AeU), satu-satunya universiti Malaysia bertaraf antarabangsa.

Tahukah anda bahawa universiti itu menerima mandat penubuhan dari gabungan 32 buah negara yang merupakan ahli Asia Co-operation Dialogue (ACD)?

ACD adalah forum antara benua iaitu selain daripada perjumpaan setahun sekali, ia juga melaksanakan projek-projek tertentu.

AeU adalah salah satu daripadanya. Pada ACD Dialogue di Doha, Qatar 2006, ACD meluluskan penubuhan AeU yang akan diterajui Malaysia.

Untuk menjayakan projek ini, kerajaan Malaysia meminjam dana sebanyak RM100 juta terhadap penubuhan universiti itu serta penubuhan Asia e Learning Sdn. Bhd., syarikat swasta yang akan mengurus dan mentadbir universiti tersebut.

Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah kursus ijazah, sarjana dan kedoktoran. Sistem pembelajarannya menggunakan sistem konvensional serta sistem pembelajaran internet.

Selain ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, AeU juga mengendalikan pusat pembelajaran di luar negara, antaranya di India.

Suatu perkara yang perlu dibanggakan adalah pengurusan dan pentadbiran universiti antarabangsa ini dilaksanakan oleh syarikat milik 100 peratus orang Melayu Islam iaitu ketiga-tiga pemilik saham syarikat adalah bumiputera.

Namun demikian, dokumen-dokumen yang saya terima menggambarkan terdapat desas-desus bahawa pemilikan saham syarikat akan bertukar tangan -- menjadikan syarikat itu bukan lagi milik Melayu sepenuhnya.

Tetapi perubahan drastik ini hanya boleh terlaksana sekiranya penjualan saham syarikat tersebut dibenarkan oleh kedua-dua kementerian yang menyelia syarikat Asia e Learning Sdn. Bhd. iaitu Kementerian Kewangan yang melabur wang di dalam AeU dan Kementerian Pendidikan, badan pelesenan AeU serta penyelia pentadbiran Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

Apa yang lebih membimbangkan ada ura-ura bahawa pihak yang berminat memiliki saham syarikat adalah dari pihak yang ada kaitan dengan puak pembangkang di Malaysia!

Apakah kerajaan Malaysia serta kementerian-kementerian yang terlibat secara langsung dalam isu ini akan membenarkan syarikat milik 100 peratus Melayu Islam berpindah tangan kepada orang bukan Islam yang juga merupakan pembangkang?

Saya mempunyai detail mengenai hal ini. Tetapi tidak perlulah saya dedahkan di sini.

Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak-pihak di atas untuk menyelesaikannya.

Keputusan penjualan saham adalah di tangan menteri-menteri berkenaan.

Maka harapan kita adalah menteri, serta pegawai-pegawai kementerian yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agenda Melayu Islam dan menentukan hala tuju universiti ini menolak dan menghalang penjualan dan pemindahan saham tersebut.

Sekali gus langkah itu akan melindungi hak orang Melayu daripada jatuh lagi ke tangan orang lain.

Jangan biarkan Melayu terus melayu di bumi sendiri.

Sebagai aktivis wakaf (waqafer) menerusi Wakaf Korporat, saya merasakan inilah masanya aset-aset milik Islam Melayu di negara ini perlu diselamatkan.

Itulah juga antara tujuan wakaf korporat diwujudkan -- yang antara penerajunya juga ialah seorang bertaraf menteri Kabinet.

Jika tiada mana-mana wakafer (aktivis atau penggerak wakaf) yang mampu memilikinya, di mana pula perginya fungsi Ekuinas?

Ekuinas sepatutnya bertindak menyelamatkan syarikat-syarikat bumiputera daripada jatuh ke tangan lain.

Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum-sebelum ini "jika semasa kita berkuasa ini, gunakanlah sebaik-baiknya kuasa yang ada. Jika tidak, maka tunggulah sahaja hari pembalasannya kelak".

Pada masa itu "menangis sehingga keluar air mata darah sekali pun, sudah tidak berguna".

Ingat lagi pemindahan aset Taiping Consolidated kepada YTL? Apa sudah jadi kepada Jalan Bukit Bintang dan Sentul sekarang? Itu hanyalah contoh kecil daripada banyak lagi.

Ingatlah, kealpaan hari ini akan mengakibatkan impak yang cukup besar kepada generasi Melayu akan datang. Ia boleh menyebabkan agenda Melayu terus terkubur.

Jika bukan kita yang ambil kisah siapa lagi? Oleh itu, Selamatkanlah AeU! Zaini Hassan: Utusan/Rencana/20140716

Tags: universiti
Subscribe

  • Mat Kelubi pahlawan yang dilupakan

    MENGKAJI sejarah perjuangan gerakan menentang campur tangan Inggeris dalam pemerintahan negeri Pahang pada hujung abad ke-19, ia tidak lengkap jika…

  • Mengenang tokoh pendidikan berjasa

    BUKU ditulis oleh bekas Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Khailani A. Jalil, adalah mengenai latar belakang 15 Ketua Pengarah…

  • Zaaba pencetus kebangkitan Melayu

    ZAABA atau nama asalnya Zainal Abidin Ahmad, seorang tokoh ilmuwan yang sangat dikenali rakyat dan mendapat sanjungan sebagai seorang pendeta.…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments